ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak warga emas nafi abang sengaja tinggalkan ibunya di R&R Bukit Besi

Berita Tempatan

Views

Dah beberapa kali kes tertinggal penumpang semasa balik Raya tahun ini. Ada yang tertinggal anak di stesen minyak dan yang ini tertinggal ibu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R). Menurut Astro Awani, anak kepada warga emas yang tertinggal di R&R Bukit Besi menghala ke Kuantan ketika dalam perjalanan ke Terengganu menafikan abangnya melakukan perkara itu dengan sengaja.

Menurut Batiah Mahadi, ketika kejadian abangnya membawa ibunya beraya ke Terengganu. Pada masa itu abangnya kurang sihat dan kebetulan kakak iparnya pula sedang tidur. Katanya, semasa berhenti di R&R tersebut, abangnya tidak menyedari ibunya keluar untuk ke tandas.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Abangnya juga terlupa memeriksa belakang kereta dan terus berlalu pergi. Tetapi selepas menyedari ketiadaan ibu, abangnya segera berpatah balik untuk mendapatkan semula ibu. Ujar Batiah abangnya merupakan tulang belakang ibu mereka dan telah menjalankan tanggungjawab menjaganya dengan baik selama ini.

Menurutnya, dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, warga emas itu selamat dijemput oleh seorang waris dan kini wanita berusia 75 tahun itu selamat di bawah jagaan keluarganya. Susulan dengan insiden tersebut pelbagai cacian dan tohmahan telah dilemparkan oleh wargamaya kepada keluarga mereka.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Namun, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk memaafkan sahaja mereka. Kata Batiah, abangnya telah menjaga ibunya sejak ayah mereka 29 tahun dulu. Cuma insiden itu terjadi disebabkan abangnya tersilap dan terlepas pandang.

Luahan rasa Batiah tersebut telah dimuatnaik menerusi hantaran di laman Facebook miliknya pada hari semalam dan turut mendapat reaksi simpati dari wargamaya. Kami berharap semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply