ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anda pemilik Isuzu D-Max yang catat perbatuan tertinggi? Ini peluang baik untuk menang RM15,000!

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia bakal menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada pemilik bertuah Isuzu D-Max yang telah mencatatkan bacaan jarak perjalanan yang tertinggi pada kenderaan mereka di Malaysia. Menerusi peraduan “Cabaran Super Mileage“, pemilik hanya perlu menghantar maklumat mereka secara atas talian sebelum 31 Julai untuk layak memenangi hadiah utama bernilai RM15,000.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, kebanyakan pemilik kenderaan Isuzu terdiri daripada mereka yang mencatatkan jarak perjalanan yang tinggi, memanfaatkan kos penggunaan yang rendah hasil daripada ketahanan dan prestasinya. Menempuh jarak perjalanan beratus kilometer setiap minggu adalah perkara biasa bagi mereka.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik persendirian mahupun korporat yang telah mencatatkan jarak perjalanan minimum 200,000 km pada Isuzu D-Max mereka. Melalui kod QR pada laman web Isuzu Malaysia, pemilik hanya perlu mengikuti arahan mudah untuk memuat naik jarak perjalanan dan keadaan kenderaan mereka.

Pemilik yang mempunyai jumlah jarak penggunaaan yang tertinggi yang disahkan akan membawa pulang hadiah lebih daripada RM38,888. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari laman https://isuzumalaysia.net atau Facebook.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply