ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anda pemilik motosikal? Allianz Motorcycle Plus tawar lebih perlindungan tanpa kos tambahan

Berita Tempatan

Views

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menawarkan kepada penunggang motosikal kecil (bawah 245cc) lebih perlindungan tanpa kos tambahan. Dilancarkan pada April tahun lalu, Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan asas meliputi kerugian dan kerosakan pada motosikal akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, kematian pihak ketiga, kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan pihak ketiga.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Walau bagaimanapun, dengan memilih antara perlindungan komprehensif dan pihak ketiga sahaja, penunggang boleh menikmati perlindungan tambahan. Sekiranya memilih perlindungan komprehensif, penunggang layak untuk mendapat Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian dan kecacatan kekal), Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 hari) dan Perlindungan Jumlah Diisuranskan Sepenuhnya Peril Khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain).

Penunggang yang memilih perlindungan Pihak Ketiga Sahaja akan menerima Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal) serta Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 sehari), tanpa bayaran premium tambahan.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Menurut Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Horst Habbig, pihaknya menawarkan kepada pelanggan perlindungan tambahan tanpa sebarang kos. Tambah beliau, antara Mei 2019 hingga Mei 2020, mereka telah mengeluarkan lebih 720,000 polisi Allianz Motorcycle Plus.

Tambah Habbig. pandemik COVID-19 telah mengubah cara orang berfikir, secara tidak langsung memudahkan tugas mereka penanggung insurans dan membolehkan mereka terus menyediakan produk yang berpatutan dengan perlindungan serta liputan yang terbaik. Untuk melanggan Allianz Motorcycle Plus, layari quote.allianz.com.my/onlinequote/ atau allianz.com.my/motorcycle-plus untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply