ARKIB

KATEGORI

Info

Anda peminat “The Dark Knight”? Batman Collection dari Caltex ini wajib anda beli!

Info

Views

Sebut sahaja nama Batman, sudah pasti para peminat adiwira yang digelar “Kesatria Gelap” atau “The Dark Knight” ini terus terbayang tentang keunikan kenderaan-kenderaan yang digunakannya untuk melawan si penjahat kan?

Kali ini setelah dua tahun menunggu, Caltex kembali memberi peluang buat para peminat dan pengumpul barangan koleksi adiwira itu untuk mendapatkan kesemua empat replika kenderaan Batman yang dijual secara berasingan pada harga RM19.90 setiap satu, menerusi Batman Collection.

Namun, untuk mendapatkannya pada harga tersebut anda perlu terlebih dahulu mendaftar untuk kad kesetiaan JOURNEY™ secara percuma dan pam minima RM30 bahan bakar secara tunai atau kad kredit/debit, StarCash, StarCard atau ShopeePay.

Antara koleksi yang boleh dikumpul adalah sebuah pesawat Batwing dan tiga unit kereta ikonik, Batmobile. Pelanggan di Lembah Klang yang menggunakan aplikasi CaltexGO untuk mengisi bahan bakar dan menepati kriteria pula akan layak mendapat harga diskaun pada RM17 seunit.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Selain itu, replika Batmobile juga boleh didapati menerusi Kedai Rasmi Caltex di Shopee pada harga RM19.90 dan pelanggan perlu membeli produk pelincir yang terpilih. Dari keempat-empat koleksi yang ditawarkan, model Batmobile 2012 adalah antara replika yang paling penulis minat.

Ini kerana ia tampil luar dari kebiasaan warna hitam Batmobile sedia ada, kerana dihiasi dengan celoreng ala kenderaan tentera gabungan warna tanah dan hitam. Sekilas pandang dia seperti kacukan Hummer dan jet pejuang halimunan dalam mod perang.

Model replika yang tampil dalam filem The Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan mempunyai perincian yang agak baik dan cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Selain Batmobile 2012, ada dua lagi Batmobile iaitu versi tahun 1995 yang muncul dalam filem Batman Forever dan versi 1997 dalam filem Batman & Robin. Meskipun tidak bercahaya seperti props di dalam filem, cara pembuatan model itu sudah cukup kemas dan dibuat dengan agak teliti.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Satu-satunya pesawat dalam koleksi kali ini iaitu Batwing juga merupakan salah satu koleksi kegemaran penulis. Ia membuat kemunculan dalam filem Batman arahan Tim Burton yang menampilkan aktor Michael Keaton sebagai Bruce Wayne/Batman dan juga watak Joker lakonan Jack Nicholson.

Apa yang menarik pada model replika Batwing ini selain perinciannya, ia merupakan satu-satunya model yang dibekalkan dengan tapak khas dengan logo Batman di bahagian bawah. Pemasangan tapak untuk model ini juga cukup mudah, tanpa perlu merujuk kepada manual yang turut dibekalkan.

Selain empat model ini, satu kotak khas untuk menyimpan kesemua koleksi model replika ini atau Collector Kit turut ditawarkan secara berasingan pada harga RM49.90. Collector Kit ini juga agak unik kerana ia berbentuk seperti kotak alatan (tool box) dengan penutup depan separa lutsinar berlogo Batman.

Ia turut mempunyai pemegang berwarna kuning, sekali gus melengkapi warna hitam kotak tersebut yang diinspirasikan dari tema warna logo Batman.

Bahagian dalamnya pula mempunyai empat slot untuk mempamerkan koleksi ini dan ia juga nampak lasak serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga ringan dan diperbuat dari bahan plastik yang berkualiti.

Penulis dah ada semua koleksi, anda dah cukup koleksi ke belum lagi? Jangan berlengah sebab koleksi ini sememangnya laris bak ‘pisang goreng panas’!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply