ARKIB

KATEGORI

Buletin

Andrea Somorova kini Pengarah Urusan baharu Continental Tyre Malaysia

Berita Tempatan

Views

Andrea Somorova kini kembali ke Continental Tyre Malaysia sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa Januari 2022. Sebelum ini beliau merupakan mantan Pengurus Besar, Continental Taiwan.

Beliau telah berkhidmat lebih 23 tahun di Continental Group, 18 tahun daripadanya berada di Asia termasuklah Malaysia dan pasaran negara-negara APAC yang lain.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Di Taiwan, Andrea Somorova telah berjaya mengemudi Continental untuk mencapai kesedaran jenama tertinggi di kalangan pasaran Asia Pasifik.

Beliau juga mengetuai pasukan itu dalam menempuhi salah satu tempoh yang paling mencabar semasa pandemik Covid-19.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Katanya, beliau amat teruja untuk kembali ke Malaysia dan sentiasa terbuka dengan idea-idea baharu dari rakan sepasukan.

Andrea Somorova mengambil alih tugas Samir Gupta yang kini menyelia India Operations sambil terus mengetuai Central Asia Region Passenger and Light Truck Tires Replacement Business (PLT RE) di Continental.

Menurut Samir, Andrea Somorova bakal memainkan peranan penting dalam meneruskan perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan oleh Continental kepada pelanggannya di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply