ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota polis maut kejar penjenayah – Perodua Myvi disewa suspek ditemui

Berita Tempatan

Views

Susulan dari kes siang tadi, Harian Metro melaporkan kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan dua suspek dalam kemalangan maut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar, Tebrau telah ditemui.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kereta berwarna ungu itu ditinggalkan di tepi jalan Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kemalangan. Katanya, semakan awal mendapati ia disewa atas penyewa lain.

Jelasnya, Unit Forensik sudah membuat pemeriksaan serta analisa terhadap kenderaan itu dan menemui peralatan berkaitan dadah. Pihaknya mengesyaki suspek terbabit sama ada dalam penyalahgunaan dadah ataupun pengedar dadah dan sebab itulah mereka melarikan diri.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Selain itu pihak polis turut menyemak sama ada kereta ini mempunyai saman atau tidak, namun ada sedikit kesukaran kerana ia adalah kereta yang disewa dan penyewa menyewakannya kepada orang lain. Tambah Ayob Khan, pihaknya yakin dapat mengesan kedua-dua suspek itu dalam masa terdekat dan dipercayai mereka masih berada di Johor.

Kemalangan awal pagi tadi telah menyebabkan Konstabel Nicholester Dadup Unggat meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply