ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad edar 20,000 pek kurma dan 3,000 pek juadah berbuka percuma kepada pengguna LPT sempena Ramadan

Views

Sempena kedatangan bulan Ramadan, ANIH Berhad akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma secara percuma setiap hari selama sebulan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semasa waktu berbuka puasa. Ia akan diagihkan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak bermula hari pertama Ramadan dan sebagai tambahan ANIH Berhad akan turut mengedarkan 3,000 pek juadah makanan percuma di kawasan Rehat & Rawat (R&R) terpilih.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pengedaran juadah dan pek makanan percuma ini merupakan inisiatif Syarikat untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadhan selain merapatkan ukhuwah serta tanda penghargaan kepada pengguna LPT. Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini sedikit perubahan dilakukan dengan memberi kurma dan juadah berbuka kepada pengguna yang tidak sempat sampai ke destinasi untuk berbuka puasa sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya.

Aktiviti pengedaran pek buah kurma akan dilakukan setiap hari selama sebulan itu akan bermula pada Sabtu, 27 Mei 2017 (1 Ramadan 1438 Hijrah) dari jam 7.00 petang hingga 7.45 petang. Aktiviti itu akan diadakan serentak di 2 plaza tol utama ANIH Berhad iaitu di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak. Bagi pengedaran pek juadah berbuka yang mengandungi set lauk, nasi, air mineral dan kurma pula akan diedarkan menerusi satu kaunter pandu lalu khas dan akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 7.45 petang di tiga lokasi terpilih iaitu dua di R&R Genting Sempah (pada 2 dan 16 Jun 2017) dan di R&R Temerloh (9 Jun 2017).

Pek juadah berbuka ini adalah inisiatif kali pertama syarikat konsesi dan ia disediakan khas oleh penggerai R&R kami manakala setiap lokasi R&R diperuntukkan sejumlah 1,000 unit pek setiap kali edaran. ANIH Berhad juga tidak melupakan golongan memerlukan terutama anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan dengan memberi sumbangan RM5,000 untuk juadah moreh kepada 10 surau dan masjid di sepanjang jajaran KLK dan LPT 1. Selain itu, syarikat turut menyumbang RM2,000 untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di Kuantan sebagai juadah berbuka puasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply