ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anjing sesat naik LRT – Rapid Rail mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Semalam tular satu video di laman sosial yang menunjukkan kelibat seekor anjing tersesat yang berjaya lolos dan masuk ke dalam salah satu gerabak tren Sistem Aliran Ringan (LRT). Berikutan isu tersebut, pihak Rapid Rail Sdn Bhd telah tampil membuat permohonan maaf atas segala kesulitan dan kekecohan yang dihadapi oleh penumpang pada hari tersebut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Kejadian tersebut berlaku di Stesen LRT Miharja adalah sebuah stesen sama aras, ini bermaksud ia berpotensi untuk diakses oleh haiwan liar dan sesat. Pihak Polis Bantuan telah berjaya mengesan anjing yang tersesat itu ketika ia masuk ke platform. Namun sebelum sempat ia dikeluarkan, anjing tersebut berjaya menyelinap masuk ke dalam tren yang tiba di stesen itu pada jam 8.24 pagi.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Polis Bantuan telah mengekori haiwan tersebut secara senyap sambil memerhati gelagatnya sepanjang masa ketika di dalam tren untuk mengelakkan keadaan panik dan kekecohan di kalangan penumpang. Melihat anjing tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kelakuan agresif, mereka kemudiannya berjaya mengeluarkan haiwan itu di Stesen LRT Pandan Jaya pada jam 8.29 pagi.

Anjing sesat itu berjaya ditangkap dan dilepaskan di lokasi dalam jarak lingkungan selamat dari stesen LRT. Pihak Rapid Rail berterima kasih kepada para penumpang yang kekal tenang dan duduk setempat semasa insiden itu berlaku. Mereka akan meningkatkan pemantauan di stesen-stesen sama aras bagi memastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

* Anjing pun pandai jaga kelakuan masa dalam LRT, kalau manusia lagi tak senonoh tak tahu lah nak kata apa kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply