ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP – Toyota bolot beberapa anugerah

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP Ke-4 telah diadakan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19. Acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) diadakan bagi meraikan pihak yang memberikan pencapaian tinggi terhadap keselamatan dalam kenderaan di rantau ini.

Toyota telah meraih beberapa anugerah bagi teknologi keselamatan terbaik dalam kelasnya serta Anugerah Kecemerlangan sebagai sebuah jenama dengan anugerah 5-bintang paling banyak (2019-2020). Dalam tempoh dua tahun terakhir, jenama tersebut telah menerima penarafan lima bintang secara keseluruhan bagi tujuh model kenderaan keluarannya, lebih banyak berbanding jenama lain.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, kesungguhan mereka untuk mempertingkatkan teknologi keselamatan dan dalam kenderaan yang dikeluarkan secara berterusan, adalah sebahagian usaha keseluruhan ke arah keselamatan jalan raya dan kenderaan yang lebih selamat.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Daripada 12 kategori berkaitan pengeluar kenderaan serta kenderaan bermotor, Toyota menang dalam lima kategori. Model popular seperti Corolla Altis, Hilux dan Innova menerima Anugerah Kecemerlangan bagi Penambahbaikan Berterusan Keselamatan dalam segmen masing-masing, manakala Majesty/Granvia diiktiraf dengan Anugerah Prestasi Keselamatan Terbaik Bagi Sistem Bantuan Keselamatan.

Ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K., kebanyakan model Toyota di Malaysia pada ketika ini telah dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. ASEAN NCAP merupakan usaha sama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global NCAP.

Ditubuhkan pada 2011, ia menjadi penanda aras baharu bagi keselamatan kenderaan di rantau ini sebagai respon kepada Tindakan Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sejak sedekad lalu, ASEAN NCAP menumpukan perhatian terhadap model kenderaan popular yang dijual di rantau ASEAN untuk menyediakan maklumat prestasi keselamatan kenderaan kepada pengguna. Ia menjalankan ujian perlanggaran di fasilitinya yang terletak di Melaka serta di beberapa lokasi organisasi serupa di sekitar Asia.

ANUGERAH KECEMERLANGAN  

KATEGORI PEMENANG
JENAMA 5-BINTANG PALING BANYAK (2019-2020) TOYOTA
PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN BERTERUSAN TOYOTA COROLLA ALTIS
PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN BERTERUSAN TOYOTA HILUX
PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN BERTERUSAN TOYOTA INNOVA

ANUGERAH PRESTASI KESELAMATAN TERBAIK  

KATEGORI PEMENANG
BANTUAN KESELAMATAN TOYOTA MAJESTY/GRANVIA

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply