ARKIB

KATEGORI

Buletin

APAD ingatkan pengusaha daftarkan pemandu untuk bantuan

Berita Tempatan

Views

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengingatkan 176 pengusaha bas ekspres supaya membuat pendaftaran pemandu sebelum 10 Oktober ini bagi membolehkan bantuan sekali beri bernilai RM500 disalurkan.

Menurut Berita Harian, APAD dalam satu kenyataan memaklumkan, semua pengusaha bas ekspres itu perlu membuat pendaftaran pemandu masing-masing di portal http://bantuan.apad.gov.my bagi menerima bantuan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kata APAD, kerjasama dan keprihatinan pihak syarikat amatlah dihargai. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja akan mengakibatkan proses saringan tidak dapat dibuat, malah menyukarkan proses penyaluran bantuan ke dalam akaun pemandu tepat pada masanya.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata, pemberian bantuan itu membabitkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta menerusi PEMERKASA Plus.

Syarat utama penerima bantuan itu ialah individu atau pemandu bas ekspres adalah warga negara Malaysia dan berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres, serta mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang masih sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply