ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apakah yang perlu anda pertimbangkan untuk membeli kereta pertama?

Rencana

Views

Memiliki sebuah kereta adalah antara perkara yang paling membanggakan bagi sesetengah anak muda. Dengan hanya membayangkan anda menghidupkan enjin dan memandu kereta yang dimiliki menyusuri jalan raya sudah cukup menambahkan keyakinan di dalam diri, dan perasaan yang dialami ini sama seperti berpindah di rumah yang baru dibeli.

Akan tetapi, seseorang itu perlu tahu bahawa memiliki sebuah kereta itu lebih daripada sekadar mampu membawa anda kemana sahaja dan pada bila-bila masa. Memiliki sebuah kereta bermaksud kebolehan anda untuk menggalas komitmen dan tanggungjawab. Senang cerita, ia bukan perkara yang mudah, jadi banyak yang anda perlu pertimbangkan sekiranya ingin memiliki kereta pertama.

Terdapat beberapa tips berguna untuk memiliki sebuah kereta yang terbaik untuk anda.

Reka bentuk terkini

Bentuknya yang menawan dan bayangan kehadirannya yang memukau, anda mungkin berada di dalam situasi yang berbahaya sekiranya menggambarkan ciri-ciri tersebut untuk seseorang, tetapi tidak untuk sebuah kereta. Anda mungkin menginginkan kereta yang apabila dipandu, mampu menarik perhatian melalui rekaannya yang bergaya dan memberikan keyakinan.

Proton Saga 2019 mungkin mempunyai ciri-ciri ini, hasil daripada rekaannya yang telah dipertingkat terutama bahagian hadapan yang lengkap dengan bampar yang garang. Tetapi kita perlu tahu bahawa tidak semua yang digambarkan itu indah belaka. Ini kerana penting untuk kita pandu uji sesebuah kereta bagi merasai sendiri keselesaan yang ditawarkan seperti tempat duduk, mahupun kelebihan yang ada pada sistem infohiburan dan yang paling utama adalah bagaimana prestasi enjin sesebuah kereta itu.

Bagi Saga 2019, pelanggan dapat merasai keselesaan pada tempat duduk, sistem infotaimen dengan skrin sesentuh bersaiz 7 inci yang turut mempunyai fungsi pencerminan penuh bagi pengguna Android, enjin 1.3L yang mantap dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Pilihan yang menjimatkan

Mungkin apa yang anda perlu utamakan apabila ingin membeli kereta pertama anda adalah dengan membuat pilihan tepat tanpa bebanan hutang di masa hadapan. Apabila anda rasa seperti ingin berbelanja apa sahaja yang anda suka, ingat bahawa anda perlu membuat sedikit simpanan seperti untuk perbelanjaan harian, minyak kereta serta perbelanjaan hiburan anda.

Satu peraturan penting yang perlu anda ikut adalah dengan memastikan bahawa kos bayaran bulanan kereta anda tidak melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan. Tahukah anda bahawa harga bagi sebuah Proton Saga 2019 bermula hanya RM32,800? Ini bermakna anggaran bayaran bulanan bagi model itu adalah sebanyak RM430, melalui pinjaman selama 9 tahun pada kadar faedah sebanyak 3.5 peratus.

Bagi harga yang ditawarkan ini, Saga 2019 ini turut dilengkapi dengan lampu dalaman LED, rim aloi bersaiz 15 inci yang baharu dan semestinya, sistem infohiburan pada monitor skrin sesentuh 7-inci terapung serta sistem bunyi dengan 4 pembesar suara yang mantap meningkatkan lagi keselesaaan pemanduan anda.

Perlindungan sepenuhnya

Selain itu, antara aspek lain yang perlu diambil kira ketika memilih kereta pertama anda adalah kestabilan serta keselamatan yang ditawarkan. Carilah kereta yang kekal stabil ketika dipandu di selekoh, serta yang turut menawarkan ciri keselamatan lain seperti Bantuan Mendaki (HHA), Lampu Siang LED (DRL), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), serta Kawalan Kestabilan Elektronik, dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Bagi mereka yang tidak tahu, ramai yang mengkagumi ciri kestabilan pada kereta-kereta Proton dan ini adalah kerana mereka telah melabur sejumlah besar pada Penyelidikan & Pembangunan ke dalam jabatan Sukan Permotoran R3, yang mempunyai prestasi cemerlang dalam pelbagai acara perlumbaan sejak bertahun yang lalu. Legasi tersebut masih ada dan turut ada pada model Saga 2019.

Rangkaian yang meluas

Sama seperti kehidupan kita, pemilikan kereta lebih daripada hanya membeli kereta. Fikirkan mengenai alat-alat gantinya, kos yang akan dikenakan serta sama ada sokongan selepas jualannya boleh dipercayai atau sebaliknya. Pengeluar kereta yang mempunyai rangkaian pusat servis yang banyak adalah yang terbaik. Proton mempunyai ciri-ciri ini dengan mempunyai sebanyak 108 pusat 3S/4S beroperasi di seluruh negara. Pendek kata, pelanggan akan dijaga dengan baik.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Dengan adanya pelbagai kelebihan dan ciri-ciri yang diperkatakan ini, tidak hairanlah apabila Proton Saga 2019 dinobat sebagai Sedan Kompak Terbaik di Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2019 pada baru-baru ini, iaitu hanya sebulan selepas versi yang dipertingkat model itu dilancarkan. Kereta-kereta Proton lain seperti Proton Exora, Proton Iriz dan Proton X70 turut memenangi anugerah bagi kategori masing-masing, jadi sudah terbukti bahawa Proton sememangnya komited untuk memberikan yang terbaik melalui produknya.

Secara ringkasnya, buat keputusan dengan teliti apabila ingin membeli kereta anda. Kami telah berkongsi beberapa panduan penting untuk dipertimbangkan dan nampaknya ciri-ciri tersebut menggambarkan seakan sebuah model kereta yang dikenali. Apa lagi kalau bukan Proton Saga 2019, yang merupakan pilihan paling pintar dan sesuai untuk pembeli kereta pertama.

Fakta menarik 1: Pada 1989, Proton telah melancarkan Saga di United Kingdom. Prestasi jualan Saga di negara itu melebihi daripada apa yang dijangkakan, di mana Proton kemudiannya mencatat rekod sebagai ‘Kereta Baharu Paling Cepat Dijual yang pernah dijual di United Kingdom’.

Fakta menarik 2: Sejak dilancarkan pada tahun 1985, Proton telah menyerahkan lebih daripada 2,000,000 unit Proton Saga kepada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply