ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi CaltexGO diperkenalkan, pembayaran bahan bakar yang lebih mudah dan pantas

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang memasarkan jenama Caltex® telah melancarkan aplikasi pembayaran mudah-alih CaltexGO untuk para pelanggan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Aplikasi ini menyediakan cara yang lebih pantas dan mudah untuk pengguna jalan raya yang dalam perjalanan untuk membuat pembayaran bahan bakar, mendapatkan dan menebus BPoints kad JOURNEY™, mencari stesen minyak dan melihat resit elektronik mereka dengan hanya menggunakan peranti mudah alih.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pengguna jalan raya yang ingin membuat pembayaran menerusi CaltexGO hanya perlu membuka aplikasi tersebut dengan kad pembayaran yang berdaftar dan kad JOURNEY™, menyatakan nombor stesen dan pam dan mengisi bahan bakar mengikut jumlah pilihan mereka.

Pengguna juga dapat memeriksa BPoints dan menebusnya untuk mendapatkan bahan bakar sebelum membuat pembayaran. Menurut Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jay Gomez, menerusi CaltexGO pengguna jalan raya kini tidak perlu beratur lagi untuk membayar dan mengisi bahan bakar.

Penggunaan aplikasi ini akan diperluaskan ke kawasan lain pula menjelang separuh pertama tahun depan. Sebagai langkah keselamatan, pengguna jalan raya hanya dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar mereka sejurus enjin kenderaan dimatikan, semasa berada di dalam yang kenderaan tidak bergerak dan tertutup atau semasa di dalam kedai serbaneka.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pengguna CaltexGO juga berpeluang untuk mendapatkan rebat menarik dan ganjaran dengan manfaat aplikasi-eksklusif. Bagi pengguna kali pertama yang mengisi minima RM30 bahan bakar di Caltex akan menerima ganjaran tunai RM5.

Mereka juga akan menerima satu lagi ganjaran tunai RM5 semasa mengisi minima RM30 pada kunjungan berikutnya (terhad hanya dua kali sahaja bagi setiap pengguna dengan ganjaran tunai RM10 sepanjang tempoh promosi yang berakhir pada 31 Disember 2021).

Muat turun aplikasi CaltexGO menerusi Google Play atau Apple’s App Store dan daftar segera untuk menerokai pengalaman mengisi bahan bkar yang lancar di Caltex. Untuk maklumat lanjut, layari www.caltex.com/my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply