ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi JPJ sedang dibangunkan, tak perlu lagi ke kaunter untuk perbaharui cukai jalan dan lesen memandu!

Berita Tempatan

Views

Selepas melakukan ‘pemeriksaan mengejut‘ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam telah melawat pejabat JPJ Negeri Sembilan bagi meninjau keadaan operasi di sana bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia selepas beliau melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Suzuki dan Persatuan Penjual Motosikal Malaysia di Seremban.

Semasa lawatan tersebut, beliau melihat JPJ telah menambah kiosk baharu di cawangan-cawangan di seluruh negara untuk memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu supaya dapat mengurangkan kesesakan di kaunter.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Katanya, waktu urusan di kiosk ini juga akan dilanjutkan di luar waktu pejabat. Tambah beliau, proses digitalisasi JPJ tidak akan berhenti di peringkat kiosk sahaja dan akan terus berusaha menawarkan perkhidmatan secara dalam talian (online).

Ini bermakna, pada masa akan datang kita tidak perlu lagi datang ke kaunter JPJ kerana proses pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan boleh dibuat di mana-mana sahaja menerusi aplikasi dalam telefon pintar anda.

Syabas JPJ!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply