ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Mitsubishi Connect MY dikemaskini

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melakukan kemaskini untuk aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect MY bagi membolehkan mereka mengukuhkan lagi teknologi digital dalam memberikan lebih keselesaan dan keselamatan buat para pelanggan mereka di kala pandemik ini.

Sebelum ini aplikasi tersebut membolehkan pemilik Mitsubishi membuat janji temu servis, menerima peringatan janji temu servis dan menyemak sejarah servis. Kini, ia turut membolehkan pemilik Mitsubishi untuk menghantar kereta mereka di pusat servis dan terus menunggu kereta mereka siap di rumah menerusi notifikasi status servis kenderaan dan bila ia boleh diambil semula.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Aplikasi ini juga memberi maklumat mengenai anggaran kos servis akan datang dan butiran jaminan kenderaan bagi memudahkan perancangan mereka. Selain itu, peringatan mengenai pembaharuan cukai jalan dan insurans juga akan tersedia menerusi aplikasi ini.

Bukan itu sahaja, pemilik Mitsubishi boleh meminta servis bantuan pinggir jalan menerusi ciri “SOS Trace & Track” sekiranya berlaku kerosakan. Dengan menekan butang ‘SOS’, lokasi pengguna boleh dijejak secara tepat menggunakan penjejak GPS dan butirannya akan disahkan oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan MMM untuk bantuan segera.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara ciri-ciri lain termasuklah, pemilik boleh sentiasa berhubung dengan talian perkhidmatan pelanggan Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di 1-800-88-2166. Pemilik juga boleh mengakses kepada bantuan kerosakan 24-Jam di seluruh Malaysia selain perkhidmatan kecemasan jika ia berlaku.

Aplikasi ini juga boleh mencari di mana bilik pameran pengedar dan pusat servis Mitsubishi yang berhampiran serta sentiasa mendapatkan informasi terkini berkaitan promosi semasa, berita, acara dan maklumat produk. Mitsubishi Connect MY boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply