ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Teknologi Telematik pintar Honda CONNECT diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan aplikasi canggih yang menggunakan Teknologi Telematik pintar yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta mereka hanya di hujung jari, dikenali sebagai Honda CONNECT.

Teknologi tersebut akan mula ditawarkan pada model City RS e:HEV yang akan mula dihantar kepada pemiliknya mulai bulan ini dan seterusnya. Honda CONNECT mempunyai tiga teras utama, iaitu Safety (Keselamatan), Security (Perlindungan) dan Convenience (Kemudahan),

Antara ciri utama Honda CONNECT termasuklah Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Kawalan Jauh, Aplikasi Keselamatan, Penjejak Kenderaan dan Khidmat Bantuan. Dalam fungsi Keselamatan dan Perlindungan, ia dilengkapi dengan Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik, Pengesan Penggera Keselamatan, Amaran Halaju, Penjejak Kereta, Amaran Geo-Pagar dan Panggilan Kecemasan.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Safety and Security (Keselamatan dan Perlindungan)

Sistem Pengesan Perlanggaran Automatik

  • Memberikan bantuan segera kepada pemandu menerusi Pusat Panggilan Bantuan Pinggir Jalan Honda 24 Jam sekiranya berlaku kemalangan atau beg udara mengembung dalam kereta.
  • Sistem ini akan menghantar notifikasi kepada Pusat Panggilan dan bantuan kecemasan akan dihantar.

Pengesan Penggera Keselamatan

  • Memantau situasi kereta secara kawalan jauh di mana sahaja dan notifikasi akan terus dihantar kepada pemilik dan juga Pusat Panggilan Bantuan Pinggir Jalan Honda 24 Jam jika pintu kereta, but atau bonet dibuka secara paksa.

Penjejak Kereta

  • Membolehkan pemilik untuk meletak kereta dengan mudah di mana sahaja kerana ia boleh dijejak menerusi telefon pintar.

Amaran Halaju dan Amaran Geo-Pagar

  • Ciri ini akan memberi amaran dan memberi makluman kepada pengguna sekiranya dipandu melebihi parameter yang ditetapkan, seperti radius pemanduan dan had laju bagi mengelakkan kemalangan.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Selain itu, Honda CONNECT juga  menawarkan ciri keselesaan seperti Kawalan Kenderaan Jarak Jauh, Status Kereta dan Peringatan Servis.

Kawalan Kenderaan Jarak Jauh

  • Ciri kawalan jauh bagi beberapa fungsi seperti mengunci dan membuka kereta, menghidup dan mematikan enjin, mengaktifkan sistem pendingin hawa dan menyejukkan kabin serta memasang lampu utama pada waktu malam bagi memudahkan pemilik mengesan keretanya di kawasan parkir.
  • Pemilik juga boleh meminta bantuan daripada Pusat Panggilan sekiranya kunci tertinggal dalam kereta secara tidak sengaja.

Status Kereta dan Peringatan Servis

  • Fungsi fungsi panggilan kecemasan, serta rekod tingkah laku pemanduan dan sejarah perjalanan.
  • Memaparkan status kenderaan dan peringatan untuk servis yang berikutnya. Selain itu, pemilik juga boleh mendapatkan sejarah servis kenderaan, senarai alat ganti, anggaran kos pembaikan, serta buat janji temu servis.

Diagnostik Kenderaan

  • Memberikan penilaian awal menerusi 11 indikator utama, iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kekangan Tambahan, Sistem Brek, Kegagalan Fungsi Enjin, Sistem Pengecasan, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Kuasa dan Bantuan Keselamatan.

Honda CONNECT juga bakal menawarkan komunikasi tercanggih menerusi fungsi One-to-One Message yang merangkumi peringatan terhadap servis penyelenggaraan, pembaharuan insurans, serta tarikh luput cukai jalan tahunan. Ciri Hantaran Perkhidmatan Rangkaian Sosial (SNS) dan Pertanyaan Pelanggan pula membolehkan pemilik berkongsi sejarah perjalanan kenderaan mereka menerusi media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply