ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi Volkswagen Cares kini mempunyai 30,000 orang pengguna

Berita Tempatan

Views

Selepas dua tahun dilancarkan, aplikasi mudah alih Volkswagen Cares sudah berjaya mencatat 30,000 muat turun dan penggunanya. Aplikasi yang dilancarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) itu telah dibangunkan dan diuruskan oleh kepakaran tempatan untuk pasaran Malaysia.

Aplikasi ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 16,498 ahli pada tahun 2019. Manakala tahun 2020 merekodkan pertumbuhan 46 peratus dengan 9,483 ahli dan mencapai 30,000 muat turun setakat 30 November 2020.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter nyata gembira dengan sokongan yang diterima oleh aplikasi Volkswagen Cares. Menurut beliau, aplikasi ini direka untuk membuatkan perkhidmatan mereka lebih mudah diakses oleh pelanggan, sekali gus menambah baik pengalaman pemilikan secara keseluruhannya.

Baucar servis percuma selama 3 tahun dan pakej servis turut ditawarkan secara eksklusif menerusi aplikasi ini. Pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas di bawah program Volkswagen Care Plus (VCP) juga boleh melihat serta mengakses kelebihan yang disediakan melalui aplikasi ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ciri-ciri lain termasuklah tawaran terkini jualan dan selepas jualan, video pendidikan, kemas kini acara serta bantuan tepi jalan 24 jam. Mereka yang bukan pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh memuat turun aplikasi ini untuk mengakses banyak tawaran jualan dan kandungan video.

Selain itu mereka juga akan turut menerima kemas kini tentang acara dan jualan menerusi notifikasi. Aplikasi ini boleh didapati untuk IOS dan Android serta boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply