ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apple labur RM14.58 bilion dalam Kia Motors untuk penghasilan kereta

Berita Global

Views

Desas-desus mengatakan gergasi teknologi dari Amerika Syarikat, Apple merancang untuk melabur sebanyak $3.6 bilion (RM14.578 bilion) dalam Kia Motors yang merupakan sebahagian daripada usahasama perancangan pembuatan antara kedua-dua syarikat, menurut portal DongA Ilbo.

JOM BACA >> ATM bakal peroleh ‘Humvee’ buatan Malaysia dari Cendana Auto?

Ini bagi membolehkan Kia mengeluarkan kereta Apple di kilang pengeluarannya yang terletak di Georgia. Difahamkan Apple bakal menandatangani perjanjian dengan Kia seawal 17 Februari ini, dengan sasaran untuk memperkenalkan kereta Apple pada 2024.

Kedua-dua syarikat itu juga menyasarkan untuk menghasilkan 100,000 unit kenderaan setahun setelah pengeluaran bermula. Sebelum ini, timbul beberapa laporan mengenai usahasama antara Apple dan Hyundai yang mengatakan jenama Kia bakal menguruskan pengeluaran kereta tersebut.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Pada awal bulan lalu, portal Korea IT News mengatakan kenderaan elektrik yang dikeluarkan oleh Apple berkemungkinan bakal dihasilkan di fasiliti Kia di Georgia. Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo berkata syarikat tersebut merancang untuk berkolaborasi dengan Hyundai dan bakal menggunakan pelantar kenderaan elektrik E-GMP untuk model pertamanya.

Kuo percaya model tersebut akan muncul pada seawal 2025 namun Apple kini sedang sibuk sekiranya ia mahu melancarkannya pada tarikh tersebut. Tambahnya lagi, besar kemungkinan pelancaran model tersebut akan sedikit lewat dari jangkaan asal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply