ARKIB

KATEGORI

Tular

Arif Aiman buat kejutan, hadiahkan ibu Proton X50

Tular

Views
@hafisnaserr Alhamdulillah … Thanks To Arif Aiman Jdt Football Player Beli Proton X50 Flgship Untuk Dihadiahkan Kepada Ibu Tercinta #BeliKeretaTakTengokKereta #HafisNaserr #SyukurSelalu #Jdt #Footballer ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Walaupun berada dipuncak kemasyhuran, pengorbanan ibu dalam membesar dan mendidik anak tidak langsung dilupakan. Begitulah sikap bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi apabila dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, Arif, 20, yang menjadi tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) serta skuad Harimau Malaya, menghadiahkan kereta model X50 keluaran Proton buat ibu kesayangannya itu.

Menerusi satu video yang dikongsikan penjual kereta di laman sosial TikTok, Arif membuat kejutan di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sebaik pintu kontena yang membawa SUV kompak itu dibuka, ibu Arif tergamam dengan hadiah itu sambil tersenyum gembira menerima kereta itu.

Ibunya juga menerima sejambak bunga sebelum masuk ke dalam kereta untuk mencuba sendiri kenderaan itu. Perkongsian video terbabit mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat bola sepak yang memuji sikap pemain JDT itu.

Malah, video berkenaan mendapat 35,000 tanda suka selain 350 komen daripada peminat. “Alhamdulillah berbakti pada ibu bapa”, kata Siti Radyiah Hasbull. “Terbaik Arif Aiman. Rezeki yang hadir atas kerjaya dikongsi dan ingat akan orang tuanya,” tulis PakTam.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Untuk rekod, Arif Aiman sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik selain muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) hujung tahun lalu.

Malah, nilai pasaran Arif Aiman kini adalah pada harga £270,000 (RM1.4 juta) seperti mana yang terdapat di laman www.transfermarkt.co.uk untuk menjadikannya antara pemain tempatan paling mahal di belakang Dion Cools ketika ini.

Selain itu, pemain itu turut berjaya membantu JDT mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini serta memenangi Piala FA dan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply