ARKIB

KATEGORI

Tular

Asalnya brek kereta ‘tak makan’, sekali dapat bil sampai RM4,700!

Tular

Views

Seorang wanita terkejut apabila terpaksa membayar bil sebanyak RM4,700 selepas menghantar keretanya yang dikatakan mengalami kerosakan brek di sebuah bengkel.

Fatin Farah dalam satu perkongsian di Facebook miliknya bertanya kepada kepada orang ramai jika jumlah tersebut benar dan berkongsi gambar bil kos membaiki keretanya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Saya ada hantar kereta dekat bengkel, tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan saja. Lepas tu dia buka kata macam-macam rosak. Jumlah semua dalam RM4,700,” katanya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, dia bimbang ditipu oleh bengkel terbabit kerana dia tidak mengetahui mengenai kenderaan. “Maklumlah perempuankan yang hantar kereta dekat bengkel. Orang perempuan kan tak tahu sangat perkara ini,” katanya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan harga yang perlu dibayar Fatin. “Memang kena sembelih betul-betul dah sis ni,” kata Raise AR.

“Tak berkat pomen tu, reda saja. Memang penyangak betul,” ujar Ibrahim Jawang. Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet yang setuju dengan harga tersebut.

“Minta maaf ya dik, awak cerita betul-betul. Gaya resit ni kereta tu dah macam kena banjir atau dah lama tak pakai,” kata Irwin Ishak. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply