ARKIB

KATEGORI

Buletin

ASEAN NCAP uji trak pikap di Crashlab

Views

Selepas MIROS PC3 (Malaysia), JARI (Jepun) dan Katri (Korea), Crashlab di Sydney, Australia menjadi makmal keempat ASEAN NCAP untuk menjalankan ujian kemalangan rasminya. Makmal tersebut turut digunakan oleh Australasian NCAP (ANCAP) untuk menjalankan siri ujian mereka.

Sebuah trak pikap yang juga merupakan trak pikap yang kelima diuji oleh ASEAN NCAP dipilih menjadi kenderaan ujian kemalangan rasmi pertama untuk ASEAN NCAP di sana . Satu mesyuarat khas turut diadakan bersama pengurusan baru ANCAP yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik Encik James Goodwin.

“Mesyuarat itu sangat produktif dan kami akan meneruskan perkongsian pintar ini pada masa akan datang dengan matlamat yang sama untuk membangunkan kereta lebih selamat,” kata Encik Khairil Anwar, Setiausaha Agung ASEAN NCAP.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply