ASEAN NCAP semalam mengumumkan keputusan rasmi Ujian ASEAN NCAP Suku ketiga tahun 2014 dengan empat model/varian telah mengambil bahagian dalam ujian tersebut. Antara model/variannya adalah Honda City (2014), Honda Jazz (2014), Tata Vista dan Perodua Axia.
Berikut adalah keputusan untuk ujian Pelindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant Protection – AOP) dan Pelindungan Penumpang Kanak-Kanak (Child Occupant Protection – COP):
1. Tata Vista GZX 1.4L (2014) – 3-Bintang (AOP) & (COP)
2. Perodua Axia 1000-E (2014) – 4-Bintang (AOP) & (COP)
3. Honda City SV (2014) – 5-Bintang (AOP) (model/varian tanpa ESC) dan 4-Bintang (COP)
4. Honda Jazz SV(2014) – 5-Bintang (AOP) (model/varian tanpa ESC) dan 4-Bintang (COP)
Model City dan Jazz dikeluarkan oleh pelbagai negara termasuk di Malaysia. Honda City dan Jazz, buatan Thailand untuk pasaran negara berkenaan mendapat pengiktirafan lima bintang untuk varian enam beg udara dan empat bintang bagi varian dengan dua beg udara. Honda City turut memecahkan rekod ASEAN NCAP yang sebelum ini dipegang Ford Fiesta dengan memperoleh 15.80 markah diikuti dengan Jazz 15.58 markah.
Untuk pengetahuan semua model Tata Vista adalah buatan India dan hanya untuk pasaran Indonesia dan Myanmar. Ini adalah julung kalinya kereta keluaran India menjalani ujian ASEAN ANCAP. Bagi model Perodua Axia pula ia hanya untuk pasaran negara Malaysia sahaja dan akan dilancarkan pada bulan September. Perodua Axia turut diberi penghargaan sebagai kenderaan pertama yang bakal dilancarkan ke pasaran dengan keputusan ujian ASEAN NCAP.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Apa maksud ‘Side Impact Test (UNR95) : Pass’ ?…
p/s: Cuma Perodua Axia saja yang pemandu dummy nya tak terlalu ‘mendakap’ airbag…
yg itu untuk kereta yg dapat 5 star sahaja.
dummy driver axia tak terlalu ‘mendakap’ airbag sbb gmbar tu diambil semasa kereta baru sahaja menghentam…tayar belakang pun masih jejak lantai lagi….
Maksudnya impak belum habis lagi ketika gambar diambil…
Tak sabar nak menunggu PCC masuk test pulak 🙂
Asean Ncap ni longgar… macam nak kowtim dengan Produa daihatsu toyota honda saja. 2 airbag pun bleh dapat 4 bintang. memalukan.
bagi saya, ia lebih kepada mengelirukan pengguna..dengan sengaja.. mungkin ramai yang tak tau beza antara 4star asean Ncap dengan Euro Ncap. sedangkan perbezaannya sangat jauh..
kenapa lah tak standardize. Ncap ni banyak lagi kot kena refine. contohnya kena lebih detail dan pemarkahan yang lebih detail..
btw.. tuan tanah..ada bug sikit kat blog tuan ni dimana bila kita klik link dari bahagian “komen terkini” , tak semua komen di page tersebut dipaparkan.. tq
sepatutnya kat msia, kereta baru minimum wajib 2 airbags dgn abs. ni masih ada lagi kereta baru yang takde abs.