ARKIB

KATEGORI

Tular

Ativa baru je pakai dua bulan, perbatuan cecah 2,500km tapi waranti dah terbatal dek kerana banjir

Tular

Views

Baru-baru seorang pemilik Perodua Ativa yang menggunakan akaun Facebook bernama Hafiz YM Mohd, telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana waranti keretanya terbatal dek kerana ditenggelami banjir.

Luahan tersebut telah dikongsikan ke laman group Facebook Ativa Club Malaysia. Katanya, Ativa tersebut telah ditenggelami banjir hingga paras ‘suku tingkap’ dan kereta itu baharu sahaja digunakan selama dua bulan dengan perbatuan hanya mencecah 2,500km.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Katanya, secara automatik waranti dari Perodua telah pun terbatal, namun dia reda dengan ketentuan tersebut. Tambahnya, kos untuk membaik pulih Ativa tersebut mencecah RM15,000.

Hafiz berkata, menurut kenyataan rasmi dari pihak Perodua, kereta-kereta yang ditenggelami banjir akan ‘hilang waranti’ meskipun dihantar ke pusat servis yang sah. Walaubagaimanapun, alat ganti yang ditukar akan diberikan waranti selama 6 bulan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Rata-rata komen dari warganet turut berkongsi rasa simpati dengan Hafiz dan ada juga yang menasihatinya supaya mengambil perlindungan insurans tambahan untuk bencana alam (special perils).

Ini bagi meringankan beban sekiranya ditimpa perkara yang sama pada masa akan datang. Dalam artikel terdahulu, Perodua menawarkan diskaun 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Selain itu, pelanggan Perodua juga boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hafiz YM Mohd

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply