ARKIB

KATEGORI

Buletin

Atlet kayak parah dilanggar dan diseret pemandu mabuk sejauh 600 meter

Berita Tempatan

Views

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias cedera parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Bahru, pada Sabtu.

Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu kenyataan memberitahu, Nurul Masyitah, 22, yang mengambil jurusan Kejuteraan Mekanikal kini dirawat di Hospital Colombia kerana mengalami kecederaan yang serius.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam‘, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

“Mangsa sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit. “Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.

“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” menurut persatuan itu pada Selasa. Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan yang dikongsi termasuk foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kata beliau ketika dihubungi, satu kenyataan media berkenaan kes tersebut akan dikeluarkan hari ini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply