ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi A3 Sedan dilancar, harga bermula RM331,990, tempahan Audi RS 3 Sedan dibuka

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) minggu lalu, melancarkan generasi kedua Audi A3 Sedan ke pasaran Malaysia. Model ini menggabungkan bahasa rekaan baharu yang lebih menyerlah, bersama teknologi termaju dan menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan.

Audi A3 Sedan ditawarkan pada harga bermula RM331,990.00. Sedan mewah ditawarkan dalam lapan pilihan warna, dua kemasan cat solid, lima warna metalik dan satu warna dengan efek mutiara.

A3 Sedan tampil dengan rekaan yang lebih maskular dan garang. Bahagian hadapan didominasi oleh Singleframe dengan jeriji bercorak sarang lebah bersama sepasang lampu utama.

Garis badan A3 Sedan diteruskan hingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan memberikan bahagian belakangnya gayaan yang elegan. Sementara garis bumbung yang melandai dari tiang-B membuatkannya kelihatan seperti sebuah coupé.

Rekaan badan yang kemas dipadankan dengan bahagian belakang sedikit tinggi dan peresap udara yang besar. Ini menyumbang kepada pekali seretan lebih rendah, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi CO2.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

A3 Sedan juga hadir dengan corong udara yang boleh dikawal melalui modul kisi-kisi berkuasa elektrik di bahagian belakang Singleframe.

Sebagai tambahan, panel pada bahagian bawah kereta, cermin sisi dengan aerodinamik lebih baik dan penyejukan brek aktif berfungsi mengurangkan halangan angin.

Ruang dalamannya pula direka dengan begitu menawan, malah lebih luas berbanding model terdahulu. Ia menggabungkan aspek kemewahan dan teknologi terkini dengan sempurna.

Papan pemuka dan konsol tengah baharu pada Audi A3 Sedan direka secara intuitif. Maklumat penting dipaparkan pada sudut pandangan terus pemandu menerusi Audi virtual cockpit plus dan paparan sentuh berwarna MMI bersaiz 10.1 inci.

Stereng dengan butang pelbagai fungsi yang dibalut kulit dan transmisi S tronic yang mudah dikawal memberi lebih keselesaan kepada pemandu.

Platform infohibur modular generasi ketiga (MIB 3) menampilkan kuasa perkomputeran yang sepuluh kali lebih pantas berbanding model terdahulu.

Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi antara muka telefon pintar Audi yang mengintegrasikan telefon iOS dan Android dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sistem suspensi A3 Sedan baharu telah ditala untuk jadi lebih sporty dan harmoni. Semua ini disumbang oleh sistem pengendalian dinamik berpusat yang memastikan interaksi optimum di antara semua komponen ke transverse dinamik.

Audi RS 3 Sedan kini dibuka untuk tempahan

Serentak dengan pelancaran A3 Sedan baharu, PHSAM turut membuka tempahan untuk model Audi RS 3 Sedan serba baharu.

Mewarisi DNA baka RS, RS 3 hadir dengan badan lebih lebar, sistem ekzos sport RS dan paparan kokpit seperti jentera lumba. Harga jualannya dijangka berada dalam julat di antara RM650,000 hingga RM750,000.

Pemegang rekod sebagai sedan kompak terpantas di litar lumba lagenda Nurburgring Nordschleife di Jerman itu, kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

Ia menawarkan kelincahan dan pengendalian dinamik luar biasa dengan kuasa daripada enjin lima silinder yang mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat.

Semua model Audi hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun. Tempahan Audi A3 Sedan dan RS 3 boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply