ARKIB

KATEGORI

Buletin

Axia dipandu lawan arus punca kemalangan 3 kenderaan di lebuh raya PLUS

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, tindakan seorang lelaki yang memandu melawan arus telah menyebabkan berlaku kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 355.4 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) arah utara, semalam. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku sekitar jam 4.00 petang.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu sebuah treler dengan muatan sarung tangan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor. Apabila sampai di lokasi kemalangan, sebuah kereta jenis Perodua Axia disyaki telah dipandu melawan arus dari susur keluar Sungkai mengala ke selatan melalui PLUS arah utara.

Sebuah kenderaan jenis Toyota Rush yang berada di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta itu dan berpusing beberapa kali. Treler berkenaan yang berada di lorong kiri arah utara juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia tersebut.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Wan Azharuddin berkata, kemalangan itu hanya menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu treler dan Perodua Axia tidak mengalami kecederaan. Tambahnya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia memandu melawan arus sejauh 1.4 kilometer iaitu dari Kilometer 354 arah susur masuk tol Sungkai hingga lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, tangkapan terhadap pemandu Perodua Axia berumur 34 tahun itu tidak dapat dilakukan. Polis percaya pemandu berkenaan memandu melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai. Dia juga didapati baharu selesai membuat ujian saringan COVID-19 di Klang tetapi masih belum menerima keputusannya. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply