ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

AXIA sah nama rasmi model kompak baharu Perodua!

Views

axia g

Akhirnya sah AXIA nama rasmi model kompak baharu Perodua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Foto bocor terbaru ini telah dikirim melalui email daripada sahabat kita Eric. Menurutnya foto-foto ini telah diperolehinya dari sebuah group laman sosial. Jelas kelihatan emblem tertera perkataan AXIA dengan beberapa varian G, SE dan Extreme. Kemasan lampu hadapan dan belakang juga turut berbeza untuk varian G jika dibandingkan dengan varian SE dan Extreme.

axia g 1

Jelas sekali Perodua begitu bersungguh-sungguh untuk menambat hati bakal pembeli dengan model ini. Foto kali ini juga menunjukkan bumper hadapan varian G yang berbeza dari varian, SE dan Extreme. Gaya rekaan bumper itu mempunyai kesinambungan daripada model Alza facelift yang diperkenalkan sebelum ini. Dikatakan harga bagi model spesifikasi penuh (varian Extreme) adalah RM44,000!

* Saya yakin model ini akan laris kerana ia bakal menjadi kereta pertama yang paling sesuai setelah model Viva ditamatkan pengeluarannya. 😉

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

70 Comments


  • Mahal betul harga ni. Tapi orang Malaysia masih beli. Namun begitu, bank semakin strict dalam luluskan loan sekarang ni, Ada kebarangkalian stok melebihi permintaan. Viva turun harga lagi ni rasanya. Lepas tu mungkin keluar 1 varian sahaja.

    Bab design bumper tu, macam tak berapa nak masuk sangat design Alza dengan Myvi kat Axia ni.


    • Mmm… patutnya habis la perodua sbb proton dh serius memasuki pasaran hatchback nie. Dh tentu pasaran perodua terjejas sbb itu lah satu2nya segment pasaran perodua. Berbanding proton ada pasaran segment sedan n hatchback nie. X gitu?:P

      P/s : Kalau safety adalah standard bagi keluaran proton mendatang n menjimatkn n value for money… apa lagi pilihan yg lebih baik?:)

      Cheers!


  • kereta produa mmg cantik2 design nya…

    harap2 produa improve dari segi safety… rasa tak yakin la bila bwk viva ayah saya.. mcm kancil dulu pun… kalau nak beli utk wife pun serba salah.. tapi produa mmg pandai wat design yg menepati citarasa orang sekarang…


  • Negara dah merdeka 57 tahun tapi pemikiran sebahagiannya masih terjajah…anggap bau jepun semua baik dan sempurna…sekadar berbangga dengan bumper yang cantik…celup, celup lagi best


    • menarik? x jugak… mcm lampu myvi yg x siap, kena potong bhgn depan. sgt2 unik? x logik langsung!!! ape yg uniknye?
      ape kabar sedare kembar ko si kamal tu?


    • lampu tu memang nampak sedikit pelik tapi dlm masa yg sama ia nampak unik. bentuk desgin lampunya masuk dgn sempurna dgn design keseluruhan kereta. tak nampak cacat .
      lagipun jarang ada kereta yg bentuk lampunya sebegitu. tak klise.

      jauh beza dgn gsc, bentuk lampunya tak masuk langsung dgn design keseluruhan gsc. design lampu dpn gsc bagi saya lebih sesuai untuk kereta jenis sedan bukan untuk kereta jenis kompak.
      bila diperhatikan gsc secara keseluruhannya nampak tak ubah seperti kereta satria neo berpunggungkan myvi.

      sangat sangat pelik sangat sangat cacat.


  • Jika RM44K untuk versi extreme, ia adalah harga yg kompetetif. Tak semua minat versi extreme dan sudah tentu versi G dan SE kurang dari 40K. Tidak banyak kereta kompak baru yang berharga kurang RM40K… dan model ini pasti menjadi pilihan kepada mereka yang meminati kereta kompak tapi tidak mampu membayar harga myvi.


      • Atau ko yg takut p2 x bleh jual bila pcc kuar nanti? Rilex bro…p’saingan sihat…bkl p’beli brhak wat keputusan sndri b’dsrkan ciri2 keta yg diaorg mahukan…rkyt msia ade juta2 bro…mna yg diaorg rs b’baloi utk dimiliki, diaorg akn beli.ade yg suka pcc, ade yg suka axia. Klu smua keinginan manusia sma x perlu ade bnyk jenama.ckup la 1…. : D


  • Kereta Perodua rasa kurang selamat. Ramai orang muda baru nak pakai kereta beli Perodua sebab murah. Tapi bila berlaku kemalangan, ramai yg parah atau yg maut.
    Cari opsyen lain jika boleh – contohnya kereta terpakai yg lebih besar dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yg lebih baik.


    • aku bkn nk menghasut org muda agar jgn beli keta p2 tp klu nk safety elok beli keta lain…biar 2nd hand tp safety lg penting.keta p2 ni sesuai utk masuk bndr. sesuai utk 2nd car.bkn drive laju2 kt highway mcm yg slalu aku nmpk kt LPT tu…aku drive 120kmj pun ade viva bg high beam nk memotong!!!!! sekrg2nya klu b’laku xcident dlm bndr x la teruk sgt sbb bkn bleh drive laju lbih 110kmj.


    • proton nak jual kereta mahal apa nak buat. terpaksa la beli perodua. tapi kalau ikutkan ok saja kereta perodua ni . selesa pun selesa lagi selesa daripada kereta proton. minyak pun jimat cuma aspek keselamatan saja yg kurang skit.

      nak labur duit beli kereta second hand risiko dia tinggi, kalau dpt kereta yg bagus tak apa la. tapi kalau dpt kereta yg byk problem. menyesal tak sudah.
      sebab tu ramai org lebih suka membeli kereta baru walaupun yg murah kat malaysia ni pilihan yg ada kat kurang.

      proton pulak mulai gsc dah tak mau buat kereta murah. padahal kalau ikutkan dah memang mahal dah harga kereta proton tu. itu sebab kat luar tak laku byk. sudah la mahal kualiti pulak kurang.


  • I hope Perodua will not fxxk-up with this new model. I don’t want the same experience of having to change the battery five times in four years without warning! I don’t know why the heck they install the battery indicator when it does not warn you earlier! And guys, don’t argue with me with the dry or wet battery, i’d used them all!


  • aku cume hrp,jgn versi yg plg mahal jek yg ada abs n ebd,atleast yg pertengahan pun ada. tp ada dgr2 versi plg mahal jek ada,yg lain just twin airbags jek
    tp.dr segi kosmetik,rasanya akan gugat myvi n lg laku dr viva.

    psl pcc,xleh compare. prtn kena prove seauatu dgn pcc walupun yg dh tgk,kbanyakan bg feedback cukup positive,


    • proton tak dapat tidak, mahu tak mahu, kena pastikan kereta PCC nanti bebas dari masalah kualiti.

      Amat mengecewakan kerana proton masih gagal lagi dari segi kualiti yg tidak konsisten pada proton preve sedangkan proton preve merupakan turning point kepada proton untuk menambat keyakinan pengguna.

      Model yang sangat berpotensi, tapi proton masih gagal memanfaatkan sepenuhnya peluang dan potensi yang ada pd preve.


      • aku cadangkan pusat servis proton patut letak katil daripada letak kerusi.
        aku pernah hantar kereta proton abah aku.
        hantar 9,10 pagi camtu siapnya pukul 3,4 petang!!!
        gila… buat kerja lembab nak mampus.

        jadi kalau ada katil boleh la tidur sekejap sementara tunggu kereta nak siap.


  • Proton ke, perodua ke, aku skong 2-2.. sbb dua2 ni, in one way or another, contribute to local industry. Bersaing tu elok, nnti kita cpt maju, betul, byk dh contoh kt mana2. Bergabung, lg elok (ya dlm mimpi aku), sbb local player jd lg besar, lg kuat. Rasanya la (mayb salah) kat Msia je la yg ada company keta yg bwk satu brand tunggal-tunggal (satu company satu je brand), tmpt lain 1 company share more than 1 brand – byk contoh.
    Apa2 pon tahniah proton, tahniah perodua.
    Kalau lah ada pngrusan P1 & P2 baca komen ni, hrp dapt consider ‘mimpi’ aku ni, utk brgabung.


  • Minggu lepas sorang wakil penjual proton bagitahu aku, hujung bulan ni dia akan dipanggil untuk pandu uji dan sesi “exercise” untuk PCC. Bila tanya mengenai harga, beliau agak sedikit gusar kerana perodua bukak harga axia sub RM40k dan beliau dapat berita, harga PCC agak tinggi juga untuk kereta kompak.

    Maklumlah, rakyat msia kalau beli kereta, dorang tgk dulu faktor harga dan kemampuan. Kalau rasa PCC lagi mahal, Axia mungkin jadi pilihan mereka.


    • x jugak..klau myvi ext 60k pon bersepah atas jlan ini kan pcc yg more value than myvi.
      depend on individu nk pilih yg mana terbaik.for 2014 proton design bukan nampak cikai2 lagi.Tester proton dalam iklan raya tu dah nampak design head lamp macm korean car style.technology pcc pon bukan cikai2..kalau standard perodua ada abs sahaja..proton ada lebih dgn ebd dan hps pada body pcc.which one more value that is your choise Malaysia.


      • betul tu..enjin yg tercampak keluar apabila berlaku kemalanggan di bahagian hadapan mampu menyelamatkan pemandu dan penumpang didalam kabin.6 airbag mungkin ada.ebd dan abc tentu dalam standard.more power.powerfull handling.more styling design.large but.confortable drive.more technology.


      • jgn lupa..ada faktor lain..org msia beli myvi ext RM60K sebab ada bau jepun…bila persepsi bau jepun, dorang akan cakap kualiti, jimat minyak dan kurang masalah…tech proven.

        proton design kereta from zero, lepas 2-3 tahun pengeluaran pun masalah design part dari vendor tak boleh nak selesaikan. selagi takde masalah, proton diamkan je..bila timbul masalah, pelanggan ngadu bawak pergi SC, baru cakap cable ni, part ni, bla2 mmg ada problem..kena ganti..


  • gambar2 ni sebenarnya tak cukup sharp. tak cukup jelas, kabur.
    itu yg nampak pelik skit.

    kalau gambar jelas.
    lampu depan kereta ni sebenarnya sedikit pun tak nampak pelik. desgin dia sgt sempurna.
    malahan lampu dpn dia jauh lebih detail & cantik daripada lampu dpn gsc.


    • ali says:
      08/08/2014 at 2:33 am
      lampu tu memang nampak sedikit pelik tapi dlm masa yg sama ia nampak unik. bentuk desgin lampunya masuk dgn sempurna dgn design keseluruhan kereta. tak nampak cacat .
      lagipun jarang ada kereta yg bentuk lampunya sebegitu. tak klise.

      jauh beza dgn gsc, bentuk lampunya tak masuk langsung dgn design keseluruhan gsc. design lampu dpn gsc bagi saya lebih sesuai untuk kereta jenis sedan bukan untuk kereta jenis kompak.
      bila diperhatikan gsc secara keseluruhannya nampak tak ubah seperti kereta satria neo berpunggungkan myvi.

      sangat sangat pelik sangat sangat cacat.

      ingatkan keta je suka celup, yg ni pun celup jugak…’korang’ berdua ni mmg eja DESIGN tu jd DESGIN ye?

Leave a Reply