ARKIB

KATEGORI

Tular

Ayah sanggup tidur dalam Proton Satria di parkir hospital, demi anak yang menghidap tumor otak

Tular

Views

‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.

Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.

Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial sejak semalam.

Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.

Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Isterinya menemani anak di wad manakala dia ‘menetap’ dalam kereta kerana enggan berjauhan dengan mereka.

Tambahnya, keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan mereka, termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya.

Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.

Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat. “Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.

“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.

Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.

Dia bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.

Tambahnya, pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumir dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sentul Times

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply