ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aygo X Prologue – Bayangan awal crossover kecil Toyota 2022

Berita Global

Views

Setelah mengusik wargamaya menerusi foto acah baru-baru ini, akhirnya gergasi automotif Jepun, Toyota mempertontonkan model konsep Aygo X Prologue, sebuah crossover kecil yang bakal menjadi pengganti kepada model kompak, Aygo.

Model Aygo sebelum ini telah dibangunkan secara bersama antara Toyota, Peugeot dan Citroen, namun untuk generasi baharu kali ini, ia tidak akan menjadi pengganti kepada 108 dan C1. Aygo X Prologue lebih tinggi dengan tayar berjenama ‘Aygo X’ bersaiz besar yang dihasilkan khusus oleh Goodyear selain bentuk badan lebih ‘sado’ serta kelihatan seperti sebuah jentera lasak.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Reka bentuk hadapan model ini nampak lebih ringkas dengan gaya bonet dua-lapis dan lampu berbentuk-C yang disambungkan oleh jejalur LED. Jerijinya telah beralih ke bahagian bampar dengan saiz lebih besar yang diapit oleh sepasang corong udara dan lampu kabus LED.

Bahagian belakangnya tampak lebih moden dengan lampu belakang menegak yang turut bersambung dengan jejalur LED yang melingkari cermin belakang yang besar. Jika anda perasan, pada bahagian plat gelincir di bamparnya tersembunyi cangkuk atau pengapit yang menjadi pemegang basikal.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pemegang pintunya pula seakan tersembunyi dan paling menarik kamera aksi telah ditanam pada cermin sisi yang bertujuan untuk “merakam dan berkongsi detik istimewa semasa dalam pengembaraan”. Buat masa ini foto bahagian dalam Aygo X Prologue masih disimpan oleh pihak Toyota.

Model ini akan dibangunkan dari pelantar GA-B yang menjadi asas kepada Yaris. Dikhabarkan model ini nanti bakal dijana oleh enjin petrol bersesaran-kecil bagi menjadikanya lebih mampu milik. Toyota masih lagi berahsia mengenai tarikh pelancaran model crossover kecil baharu dan berkemungkinan ia akan diperkenalkan menjelang penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya separuh pertama 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply