ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bajet 2023: Intipati penting bagi segmen automotif dan pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Petang tadi berlangsungnya pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Berikut adalah ringkasan intipati penting Bajet 2023 yang bertemakan “Keluarga Malaysia: Makmur Bersama“bagi segmen automotif dan pengangkutan:

  • Pas My50 bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023.
  • Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50 peratus ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA.
  • Pas Perjalanan Tanpa Had My30 – Pas berharga RM30 ini diteruskan dan diperluaskan ke Pulau Pinang dan bandar Kuantan.
  • Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had RM5 – Pas ini diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bermula tahun 2021.
  • Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.
  • RM20 juta bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan permotoran di platform yang betul melalui pembangunan litar drag.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

  • Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).
  • Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.
  • Pas Perjalanan Bas Dan Rel RM50 – Pengguna terutamanya di Lembah Klang boleh mendapatkan pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan.
  • RM180 juta disediakan antaranya bagi menambah baik capaian bas awam kepada warga di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
  • Menambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak, dengan membina tanjakan kerusi roda untuk manfaat 2,300 komuniti berkerusi roda yang menggunakan MASWings.
  • Pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi penjualan, pindah milik atau pelupusan teksi diperluas kepada teksi eksekutif dan teksi lapangan terbang.
  • Penyelenggaraan semua kapal dan bot APMM bagi memastikan keselamatan kawasan maritim negara dengan peruntukan RM485 juta.
  • Projek menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan di Senai Utara-Pandan, Johor Bahru daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM510 juta.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

  • Projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa hampir 500 kilometer berjumlah RM1.5 bilion untuk manfaat lebih 110,000 penduduk antaranya dari Kampung Orang Asli Bawong Kuala Kangsar ke Rancangan Penempatan Semula Kemar, Perak.
  • Projek Lampu Jalan Kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan dengan peruntukan sebanyak RM123 juta.
  • Kerja-kerja awalan bagi membina 85 jambatan baharu untuk menggantikan jambatan yang uzur serta tidak selamat dengan peruntukan berjumlah RM54 juta.
  • Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit (BRT) di Johor dengan peruntukan RM80 juta.
  • Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay di Sabah dengan peruntukan RM250 juta.
  • Pengecualian duti import dan eksais ke atas Kenderaan Elektrik (EV) jenis CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.
  • Pengecualian fi Approved Permit (AP) bagi pengimportan EV sehingga 31 Disember 2023.
  • Pengilang peralatan pengecasan EV diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032 dan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus.
  • Rebat jualan sehingga RM4,000 kepada pengusaha motosikal sewa yang menggantikan motosikal sedia ada kepada motosikal elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit FreeMalaysiaToday

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply