ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Kerajaan teliti cadangan naik taraf aras beberapa lokasi di LPT1

Berita Tempatan

Views

Kerajaan sedang meneliti cadangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menaik taraf aras beberapa lokasi di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebagai tindakan jangka masa panjang menyelesaikan masalah banjir di lebuh raya itu.

Menurut Astro AWANI, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penelitian dibuat dari segi kaedah pelaksanaan yang terbaik dengan mengambil kira semua aspek termasuk teknikal dan kewangan.

Katanya, LLM telah mengemukakan laporan terperinci dan memohon peruntukan dalam Rolling Plan kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi cadangan naik taraf aras LPT1 di beberapa lokasi yang ditenggelami banjir seperti di kilometer (KM) 84.6 hingga KM 84.7, KM 113, KM 115 dan KM 126.3.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) mengenai tindakan kerajaan supaya kejadian lebuh raya penting bagi hubungan ke pantai timur tidak terputus berhari-hari akibat banjir.

Fadillah berkata beberapa tindakan jangka pendek telah dilaksanakan akibat banjir pada Januari lepas iaitu pengurusan trafik berterusan sepanjang tempoh banjir bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan betul kepada pengguna.

Selain itu, kerja pembersihan segala kekotoran di atas jalan raya dilakukan sejurus air surut sebelum laluan dibuka sepenuhnya bagi memastikan keselamatan pengguna dan kelancaran perjalanan serta menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) bagi memantau keadaan kawasan tadahan yang berhampiran dengan lebuh raya.

Beliau memberitahu bahawa faktor perubahan cuaca dan pembangunan di sekitar kawasan tadahan boleh menyumbang kepada peningkatan banjir.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Katanya, aras air semasa banjir awal tahun ini melebihi aras Average Recurrence Interval (ARI) 100 tahun berdasarkan keputusan analisis menggunakan kaedah 2D River Modelling yang dilakukan dan ia berlaku berkemungkinan disebabkan perubahan guna tanah, pengurangan kapasiti sungai dan perubahan iklim dunia.

Bencana banjir pada Januari lepas menjejaskan beberapa daerah di Pahang sehingga mengakibatkan banyak kawasan dinaiki air termasuklah LPT 1 yang terputus hubungan.

Laluan di LPT 1 yang telah terjejas disebabkan banjir adalah di KM 84.7, KM 113.4, KM 115, KM 126.4 dan KM 198.9 yang terpaksa ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas antara 3 hingga 10 Januari lepas kerana dinaiki air sedalam 750 mm hingga 1800 mm dari aras jalan.

Fadillah juga berkata kerajaan melakukan kajian berterusan dan telah berbincang dengan syarikat konsesi LPT1 bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengadaptasi kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply