ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Kos baik pulih kenderaan boleh cecah RM12,000 bergantung kepada jenama

Berita Tempatan

Views

Kos penyelenggaran bagi kende­ra­an ditenggelami banjir boleh mencecah sehingga RM12,000 bergantung kepada jenis dan modelnya.

Menurut K! ONLINE, pemilik bengkel Berkat Jaya, Ghazali Mustafa, 52, berkata, kebiasaannya ia melibatkan kereta mewah jenama BMW, Audi serta Mercedes-Benz.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, ia bergantung kepada jenama, alat ganti dan bengkel yang dipilih. Jika jenama tempatan atau Jepun kosnya tidak terlalu tinggi.

Sebagai contoh Perodua Myvi memerlukan sekitar RM1,200 kerana alat ganti melibatkan barangan perlu sahaja. Bagaimanapun tambahnya, kos mungkin meningkat jika pemilik mahukan alat ganti tulen dan berkualiti tinggi.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menurut Ghazali, faktor pe­ningkatan juga disebabkan oleh penggunaan cip elektronik, unit kawalan elektronik dan sebagainya.

Tambahnya, satu lagi cara untuk menukar alat ganti ialah menggunakan barangan terpakai yang boleh didapati di kedai-kedai potong. Barang sudah tentu tulen, namun bergantung kepada penggunaannya sebelum ini.

Dalam masa sama Ghazali mengingatkan kepada semua pemilik bengkel agar jujur dan tidak mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami mangsa banjir ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply