ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Pengumpul Mercedes-Benz klasik reda lima kereta termasuk W124 limosin hanyut

Berita Tempatan

Views

Pengumpul Mercedes-Benz klasik reda apabila lima kereta pelbagai model dimiliki bernilai kira-kira RM230,000 dihanyutkan arus deras ketika banjir melanda kediamannya di Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat, Sabtu lalu.

Menurut Selangorkini, ahli perniagaan Mohamad Zamri Idris, 54, berkata ia termasuk koleksi kesayangannya yang dipercayai satu-satunya terdapat di Malaysia, W124 limosin empat pintu dibelinya lebih RM130,000 daripada seorang usahawan bergelar Datuk pada Disember tahun lalu.

Dia berkata, anaknya perasan kereta itu tiada di kawasan parkir pada jam 4 pagi Sabtu (18 Disember) kerana dihanyutkan arus deras tetapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Esoknya (19 Disember) dia mendapati ia ditolak air dan jatuh gaung sedalam dua meter sebelum hanyut hampir 50 meter tetapi ketika itu dia lebih mengenangkan nasib mangsa banjir berbanding koleksi Mercedes dimiliki yang hanya harta dunia.

Katanya, kesemua lima keretanya diletakkan di perkarangan Dewan Teratak Nanding Event and Wedding miliknya yang dijadikan pusat pemindahan sementara banjir bagi penduduk sekitar.

Mohamad Zamri yang juga Naib Presiden Kelab Mercedes Benz W124 Malaysia berkata, alat ganti limosin keluaran 1995 itu sukar diperoleh terutama bahagian pintu dan cermin tingkap yang lebih lebar berbanding model biasa serta versi enam pintu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain W124 limosin empat pintu, model W124 berbilang injap buatan tahun sama turut dihanyutkan arus deras hingga terbalik.

Model lain yang turut tenggelam tetapi tidak dihanyutkan adalah Mercedes W123 keluaran 1980 serta W210 dan W140 (1995).

Mohamad Zamri berkata, kejadian banjir itu merupakan kali pertama melanda rumahnya yang terletak dalam kawasan sama dengan dewan terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply