ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: ‘Program Bantuan Banjir’ Honda Malaysia tawar diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengaktifkan Program Bantuan Banjir bagi meringankan beban yang dialami oleh para pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Menerusi program ini, syarikat bakal menawarkan diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen.

Program Bantuan Banjir menyokong khidmat pembaikan bagi pelanggan Honda yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022. Pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda bagi proses penilaian dan khidmat pemeriksaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pihaknya amat dukacita berikutan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia. Beliau berharap program ini dapat membantu meringankan beban para pelanggan mereka yang menjadi mangsa banjir.

Pelanggan Honda yang melanggan pelan Honda Insurance Plus (HiP) akan menikmati pemeriksaan percuma kereta mereka bagi memastikan ia selamat dan dalam keadaan baik. Selain itu, mereka juga ditawarkan khidmat tunda kereta percuma dan turut layak menerima elaun banjir sehingga RM1,500.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia kini sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans bagi mempercepatkan proses tuntutan untuk pelanggan yang terjejas. HiP merangkumi tiga teras utama, iaitu Rescue, Protection dan Savings menerusi perlindungan yang menyeluruh.

Ia turut didatangkan dengan bantuan pinggir jalan di mana pasukan bantuan akan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply