ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas elektrik pertama Langkawi mula beroperasi pada LIMA 2023

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, penyediaan infrastruktur bagi perkhidmatan bas elektrik luar bandar pertama di pulau peranginan ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dimuat naik di Facebook rasminya, perkhidmatan bas itu dijadual bermula pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023.

LIMA 2023 akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei 2023 di Langkawi. Perkhidmatan yang dilaksana dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka siap sepenuhnya pada akhir November ini dan dijadual akan beroperasi sempena LIMA 2023.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tambah kenyataan itu, pada masa sama, stesen pengecas pantas arus terus (DC) untuk kenderaan elektrik (EV) berkapasiti 120kW pertama di Langkawi telah siap untuk digunakan secara komersial.

Kenyataan itu turut menyebut, beberapa bas bagi tujuan itu telah tersedia serta dalam proses penghantaran ke pulau berkenaan.

Keseluruhan depoh MARALiner akan dilengkapi dengan pembangunan dan pengkomersialan sistem simpanan tenaga untuk kegunaan mobiliti elektrik termasuk bateri, sistem pengurusan tenaga, kitar semula bateri dan bas elektrik untuk pengangkutan awam pertama lengkap di Malaysia.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Laluan dan kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan bagi perkhidmatan bas mesra alam ini telah dimuktamadkan.

Sehingga kini, kata kenyataan itu, maklum balas yang diterima menunjukkan pihak berkuasa tempatan menyokong inisiatif MARA dalam melaksanakan perkhidmatan operasi bas elektrik khususnya di Pulau Langkawi dan lokasi lain terutama di kawasan luar bandar.

Projek perkhidmatan bas elektrik ini diharap mampu menyokong agenda pembangunan mampan negara serta hasrat menjadikan Langkawi Rendah Karbon 2035.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MARA Liner Sdn. Bhd.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply