ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas GoKL diperluaskan, dua laluan baharu Krim dan Merah Lembayung

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan bas percuma GoKL diperluaskan dengan pengenalan dua laluan baharu, dikenali Laluan Krim dan Merah Lembayung yang meliputi kawasan luar pusat bandar menjadikan keseluruhan 13 laluan setakat ini.

Harian Metro melaporkan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, penambahan laluan ini bertujuan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur.

Katanya, laluan ini menghubungkan kawasan perumahan yang ramai penduduk yang terjangka memerlukan kemudahan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan penggunaan kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Laluan tambahan sepanjang 15.7 kilometer bagi Laluan Krim bermula dari Hab Taman Fadason melalui 25 hentian termasuk hentian MRT Sri Delima dan pertukaran laluan bas di PMU Jinjang.

Sementara, Laluan Merah Lembayung membabitkan jarak 16 kilometer bermula di MRT Jinjang ke Matrade dan melalui 24 hentian termasuk hentian Kereta Api Tanah Melayu (KTM).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ujian percubaan bas percuma GoKL di laluan baharu iaitu Laluan Taman Fadason-MRT Sri Delima dan Laluan MRT Jinjang-Matrade di sini, hari ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kekerapan bas adalah setiap 15 minit bagi waktu puncak dan 30 minit bagi waktu bukan puncak. Jumlah bas yang diperuntukkan bagi dua laluan adalah sebanyak 10 bas atau lima bagi setiap satu laluan.

Mahadi berkata, jumlah penggunaan pengangkutan awam kini didapati meningkat 24 peratus berbanding 18 peratus sebelum ini.

Menurutnya, setakat November, jumlah penumpang mencecah 7.8 juta orang atau atau 23,700 sehari berbanding 6.4 juta atau 18,000 sehari pada tahun sebelum ini .

Tambah beliau, DBKL turut menyediakan aplikasi mudah alih GoKL untuk pengguna mengetahui maklumat perjalanan perkhidmatan dengan lebih terperinci merangkumi laluan dan tempoh masa bas akan tiba di lokasi tertentu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply