ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas meletup – Wanita maut, 17 lagi cedera

Berita Global

Views

Wanita maut dan sekurang-kurangnya 17 cedera dalam letupan sebuah bas di barat Rusia, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin. Menurut Harian Metro, beberapa individu dipercayai parah.

Timbalan Gabenor Voronezh Sergei Sokolov berkata, setakat ini, tiada petanda menunjukkan kejadian itu adalah serangan pengganas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pemandu bas memberitahu saluran berita milik kerajaan Russia -24, terdapat 35 penumpang di dalam bas berkenaan ketika tragedi berlaku, pada Khamis.

Gabenor Voronezh, Alexander Gusev pula berkata, jumlah yang cedera meningkat kepada 18, antaranya seorang wanita meninggal dunia. Letupan berlaku ketika bas berhenti berhampiran pusat beli belah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Berdasarkan video yang dirakam orang ramai dan dimuat naik ke media sosial, letupan menyebabkan bahagian bumbung rosak teruk, manakala tingkap pecah.

Jawatankuasa siasatan kebangsaan dalam kenyataan berkata, mereka sudah menghantar pakar dari Moscow dan siasatan dibuka kerana kecuaian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Moscow Times

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply