ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas mini kembali ke Kuala Lumpur! Rapid Bus jalankan ujian percubaan bulan depan

Berita Tempatan

Views

Setelah lebih dua dekad bas mini bakal membuat kemunculan semula di ibu negara bermula awal bulan depan. Menurut satu kenyataan media, Rapid Bus Sdn Bhd akan mengadakan ujian percubaan perkhidmatan bas mini dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, melalui Jalan Rasmi menggunakan tiga buah (3) bas mini bermula dari 1 September hingga 29 November.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij, percubaan yang akan dijalankan ini akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian menggunakan bas mini di kawasan perumahan yang mempunyai jalan yang sempit, serta memberikan gambaran yang lebih baik mengenai pengalaman penumpang melalui maklum balas yang bakal diterima.

Tambahnya, jika terdapat permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, mereka akan mempertimbangkan bagi meneruskan perkhidmatan bagi laluan ini dan mungkin akan memperluaskan perkhidmatan tersebut ke laluan berpotensi yang lain.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Setiap bas mini yang digunakan di dalam percubaan ini, mempunyai kapasiti untuk membawa kira-kira 31 penumpang dan akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (waktu bukan puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

Para pengguna dialu-alukan untuk memberikan maklum balas ketika perkhidmatan percubaan dijalankan dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau hantarkan  e-mel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply