ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas percuma untuk MP dan petugas parlimen ke sidang Dewan Rakyat

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan bas perantara percuma untuk Ahli Parlimen dan petugas Parlimen dari KL Sentral ke bangunan Parlimen akan dimulakan pada persidangan Parlimen akan datang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya semalam, Loke berkata hasrat memperkenalkan perkhidmatan itu telah dinyatakan kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.

Loke berkata perbincangan lanjut dengan pihak pentadbiran Parlimen akan dilakukan untuk memastikan isu keselamatan tidak dikompromi serta berkenaan aspek penyelarasan seperti penggunaan pas tetap untuk memasuki kawasan Parlimen.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Kita akan lihat bagaimana untuk melaksanakannya dari segi mekanisme mengambil pas keselamatan,” katanya menambah perkhidmatan bas perantaran itu adalah usaha untuk mengurangkan kesesakan di kawasan Parlimen serta memberi contoh kepada masyarakat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari ini. Sementara itu, Loke berkata perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua akan beroperasi pertengahan Mac depan dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara dengan jarak lebih 50 kilometer.

Ketika ini, katanya perkhidmatan tersebut sedang melaksanakan percubaan membabitkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebagai pengawal selia.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sementara itu, ditanya mengenai pembinaan Pelabuhan Laut Dalam dan Terminal Pelayaran Antarabangsa di Melaka, Loke berkata ia hanyalah cadangan awal dan tiada sebarang lesen operasi diberikan.

Beliau berkata pemberian lesen hanya akan dibuat selepas kajian berkaitan dijalankan termasuk Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) sebelum pembangunan dimulakan.

Pada 1 Februari lalu, dilaporkan sebanyak 26 badan bukan kerajaan (NGO) membantah projek tambak laut seluas 1,190 ekar di kawasan Alai, Melaka, yang bertujuan membina sebuah Pelabuhan Laut Dalam dan Terminal Pelayaran Antarabangsa. – Malaysiakini

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply