ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas rombongan kakitangan PKNS terbalik di Turki – Seorang maut, 10 lagi cedera

Berita Global

Views

Bernama melaporkan, seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera setelah bas yang mereka naiki ketika mengikuti satu rombongan terlibat dengan kemalangan di Afyonkarahisar, Turki, petang semalam. Wisma Putra ketika dihubungi telah mengesahkan kemalangan bas yang dinaiki oleh 35 rakyat Malaysia itu berlaku ketika rombongan berkenaan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Kemalangan berlaku di Afyonkarahisar mengakibatkan seorang maut manakala 10 orang lagi cedera termasuk empat daripada mereka dikatakan parah. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Afyonkarahisar yang terletak kira-kira 300 km daripada Ankara. Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia) Ankara sedang mengumpul maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan berhubung perkara ini.

Pegawai daripada Malawakil Ankara dilaporkan akan melakukan lawatan konsular secepat mungkin untuk memberikan bantuan sewajarnya. Wisma Putra pula dijangka mengeluarkan kenyataan penuh mengenai insiden itu hari ini.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam kenyataan malam tadi mengesahkan bas yang terlibat dengan kemalangan itu membawa rombongan 35 kakitangannya yang sedang melancong ke negara berkenaan.

Perbadanan itu menerima menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan daripada Kedutaan Malaysia di Turki. Menurut kenyataan itu, PKNS masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki yang sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Takziah kami ucapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply