Ini satu perkongsian menarik yang dimuat naik oleh sahabat kami, Dr Aid Fawzal di Facebooknya mengenai basikal jalan raya (road bike) pertama Malaysia yang telah menjalani ‘ujian aerodinamik’ di Silverstone, UK pada Selasa minggu lalu.
Menurut Dr Aid Fawzal, beliau telah dijemput oleh Bozetta Bike untuk menjadi perantara teknikal (CFD Specialist) bagi membantu memahami aerodinamik basikal pertama Malaysia, FZ8 yang dicipta oleh syarikat pemula/perintis (startup company) milik anak tempatan sepenuhnya.
Basikal jalan raya (road bike) Bozetta FZ8 ini diinspirasikan daripada basikal Velodrom Olimpik, WX-R Vorteq. Binaan kerangkanya diperbuat (body construction) daripada gentian karbon gred tinggi dengan penggunaan komposit yang berbeza-beza pada setiap sudut kritikal.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ini bagi memastikan kekakuan (stiffness) kerangka berbanding ketegaran (rigidity) dapat diseimbangkan. Oleh yang demikian, basikal FZ8 mampu memberikan komunikasi yang baik antara penunggang dengan basikal serta tetap mengekalkan daya pada setiap kayuhan sampai terus ke permukaan jalan.
Selain daripada rasa (feeling) dan maklum-balas (feedback) antara penunggang dengan basikal, kemampuan basikal untuk membelah angin juga penting.
Basikal yang terlalu tinggi rintangan angin memerlukan lebih banyak tenaga pada setiap kayuhan dan ini sememangnya amat memenatkan. Kerana itulah, kajian aerodinamik untuk basikal jalan raya (road bike) amat penting.
Bagi memahami kepentingan ini, syarikat pemula/perintis (startup company) Bozetta Bike Malaysia memilih untuk menghantar prototaip pertama mereka ke Silverstone Engineering Hub, UK dengan kerjasama Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) untuk memasuki terowong angin (wind tunnel) bagi ujikaji aerodinamik.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Hasil ujian tempoh hari sangat memberangsangkan. Dr Aid Fawzal amat yakin data-data aerodinamik Bozetta FZ8 menunjukkan bahawa basikal yang baharu sahaja dibangunkan kurang daripada 2 tahun ini setanding basikal-basikal jalan raya (road bike) yang lain dalam pasaran pada sudut ‘belahan-angin’nya.
Dr Aid Fawzal mengucapkan terima kasih kepada Bozetta Bike kerana memberi peluang kepadanya untuk bersama-sama jayakan program pembangunan basikal jalan raya (road bike)’ pertama Malaysia ini.
Beliau turut berterima kasih juga kepada pihak ISN yang memberi ruang untuk ujian aerodinamik. Tidak lupa juga ‘pakar’ di Silverstone Engineering Hub yang sangat mesra menjawab segala pertanyaan teknikalnya ketika ujian dijalankan.
Beliau juga bertekad untuk terus membantu team Bozetta dalam pembangunan produk mereka yang seterusnya dan semestinya untuk memajukan teknologi ciptaan Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Dr Aid Fawzal
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI