ARKIB

KATEGORI

Buletin

Basikal trek rekaan Lotus Engineering bakal beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Berita Global

Views

Lotus buat basikal trek? Sebenarnya ia bukanlah perkara yang pelik sebab mereka pernah menghasilkan basikal Lotus Type 108 yang ditunggang oleh Chris Boardman, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1992 di Barcelona.

Kali ini Lotus Engineering bersama Hope Technology menghasilkan basikal trek baharu yang inovatif yang direka untuk membantu pasukan lumba basikal Great Britain untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Reka bentuk fork dan pemegang depan basikal yang unik ini adalah produk Lotus Engineering, iaitu bahagian perunding automotif Kumpulan Lotus. Mereka juga berusaha untuk meningkatkan kekerasan dan pengendalian bagi meningkatkan keyakinan pelumba.

Eksekutif Lotus Engineering Miguel Fragoso berkata, setelah 25 tahun mereka berkolaborasi untuk mengaplikasikan nilai teras Lotus kepada basikal trek baharu ini. Mereka akan bekerjasama dengan British Cycling untuk meneruskan sesi ujian menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Sebahagian dari kerja-kerja pembangunan ciri aerodinamik basikal ini telah dimulakan sejak Sukan Olimpik 2016 apabila badan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengubah peraturan mengenai pembangunan basikal.

Eksekutif Hope Technology Ian Weatherill pula berkata, mereka telah menghasilkan kerangka menggunakan komposit modulus tinggi dengan kain tenunan di UK, dengan kepakaran 30 tahun dalam pembuatan komposit selain turut terlibat dalam dua kejohanan Sukan Olimpik sebelum ini.

Kini mereka bersama-sama Lotus Engineering memperhalusi kaedah pembuatan untuk menghasilkan produk yang unggul. Bagi membolehkan basikal ini layak bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, reka bentuknya perlu mendapat kelulusan dari UCI terlebih dahulu. Selain itu, ia perlu ditunggang secara kompetitif oleh pasukan lumba basikal Great Britain sebelum akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply