Chevron Malaysia Limited (Chevron), hari ini mengumumkan Batman Collection kini boleh didapati di semua stesen Caltex seluruh negara.
Setelah dua tahun menunggu, para peminat dan pengumpul barangan adiwira ‘Dark Knight‘ kini boleh mendapatkan kesemua empat replika kenderaan Batman yang dijual secara berasingan pada harga RM19.90.
Namun, untuk mendapatkannya pada harga tersebut anda perlu terlebih dahulu mendaftar untuk kad kesetiaan JOURNEY™ secara percuma dan pam minima RM30 bahan bakar secara tunai atau kad kredit/debit, StarCash, StarCard atau ShopeePay.
Antara koleksi yang boleh direbut adalah satu pesawat Batwing dan tiga kereta ikonik, Batmobile. Berikutan sambutan luar dugaan pada 2019, ia akan tiba dalam masa terdekat bagi memastikan pelanggan dapat memilikinya.
JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring
Pelanggan di Lembah Klang yang menggunakan aplikasi CaltexGO untuk mengisi bahan bakar dan menepati kriteria pula akan layak mendapat harga diskaun pada RM17 seunit. Mereka yang menepati kriteria juga boleh mendapatkan Collector Kit pada RM49.90 untuk mempamerkan koleksi mereka.
Koleksi Batmobile dijual berasingan. Replika Batmobile juga boleh didapati menerusi Kedai Rasmi Caltex di Shopee pada harga RM19.90 dan pelanggan perlu membeli produk pelincir terpilih. Sebagai alternatif, diskaun e-baucar RM4 yang kini dijual pada harga RM0.01 kini boleh didapati di Shopee App sementara stok masih ada.
Selain untuk membeli koleksi Batman, e-baucar ini juga boleh digunakan untuk menebus pembelian bahan bakar dan produk pelincir. Ahli kad JOURNEY™ juga boleh menebus satu replika dengan berbelanja 1,800 BPoint atau kombinasi 500 BPoint dan RM13.
Pelanggan AirAsia juga boleh menebus mata BIG mereka untuk StarCash bernilai RM50 pada aplikasi Air Asia Big Loyalty yang boleh digunakan untuk membeli koleksi tersebut di stesen Caltex.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Bersempena dengan pelancaran Koleksi Batman terkini, anda berpeluang untuk memenangi Collector Kit dan RM100 StarCash menerusi peraduan Caltex Snap, Tag & Win.
Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu mengambil swafoto bersama standee Batman di stesen Caltex dan memuatnaiknya ke laman Instagram Caltex Malaysia dan perlu menyertakan kapsyen berikut:
“Saya suka Batman Collection kerana…” dan #CaltexMY #CaltexCubaTry #CaltexBatmanCollection
“I like the Batman Collection because ….” and #CaltexMY #CaltexCubaTry #CaltexBatmanCollection
Para pemenang akan diumumkan pada 30 November 2021 dan 31 Disember 2021. Selain itu, setiap transaksi RM30 ShopeePay di stesen Caltex membolehkan anda layak untuk menghantar satu penyertaan untuk memenangi sebuah Batman Collection yang akan diumumkan pada hari yang sama.
Tunggu apa lagi, ayuh ke stesen Caltex terdekat datau layari Kedai Rasmi Caltex di Shopee untuk mengumpul Batman Collection. Untuk maklumat lanjut, layari www.caltex.com/my/.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI