ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bawa kereta buruk ke tempat pelupusan barang lusuh – MBPP

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meminta para pemilik kereta buruk dan usang supaya menghantar kenderaan mereka ke tempat pelupusan barang lusuh, bukan membiarkannya di kawasan awam. Menurut The Star, ahli majlis MBPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pada masa ini terdapat lebih 1, 000 kenderaan buruk yang dibiarkan di kawasan awam dan komersial.

Jelasnya, kenderaan terbiar akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan juga haiwan berbisa, sekali gus menjadi masalah kepada kesihatan awam. Tambah beliau, pemilik perlu bertanggungjawab untuk melupuskan kenderaan mereka dengan betul.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ahmad Azrizal berkata, setakat tahun ini, sebanyak 155 buah kenderaan lama dan buruk telah ditunda. Ketika ini pihaknya masih menyimpan 981 buah kenderaan lama dan terbiar yang telah ditunda. Daripada 981 buah kenderaan, 509 buah adalah kereta, van dan lori manakala baki 472 buah lagi adalah motosikal.

Setakat ini, sebanyak 75 kenderaan terbiar telah ditender oleh pihaknya manakala 145 lagi masih menunggu giliran berikutan perlaksanaan sekatan pergerakan penuh. Katanya, kebanyakkan kenderaan yang ditender kepada syarikat barangan lusuh kerana pihaknya akan melakukan proses tender dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

MBPP akan melakukan lelongan kenderaan-kenderaan lusuh tersebut pada setiap tahun. Setiaptender mengambil masa kira-kira tiga bulan dan kenderaan yang tidak memiliki rekod jenayah akan dijual terlebih dahulu.

Ahmad Azrizal turut menyeru para pemilik kenderaan ini untuk melupuskan kenderaan mereka dengan betul dan tidak membiarkannya begitu sahaja. Tambahnya lagi, terdapat banyak kedai barangan lusuh yang boleh membantu melupuskan kenderaan tersebut dan senarainya boleh didapati menerusi laman Facebook rasmi MBPP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply