Malam tadi kami ada kongsikan foto Proton Iriz facelift versi Gunma Akagi di laman Facebook dan ia menerima pelbagai komen yang positif. Pada kami sudah sampai masanya Proton memulakan fasa untuk menaik taraf model kompak ini memandangkan kedudukannya mula diasak hebat oleh Perodua Myvi 2018. Rakan kami Gunma Akagi telah menggunakan kepakarannya dalam manipulasi foto untuk membuat bayangan Iriz facelift 2018/19 yang tampil dengan wajah lebih segar terutama di bahagian belakang.
BACA >> INTIP : MPV Geely VF11 dikesan tanpa sebarang penyamaran, bayangan pengganti Exora makin terserlah
Dengan rekaan lampu yang melintang, Iriz nampak lebih segak dan memberikan visual lebih lebar berbanding dengan lampu menegak pada model semasa. Ia juga mengingatkan kembali pada model konsep EMAS yang mendapat sentuhan dari Italdesign Giugiaro pada 2010. Di bahagian depan, Gunma Akagi telah mengolah kembali rekaan single graphic face Iriz menjadi memanjang dan lebih nipis selain mengolah rekaan bumpar supaya nampak lebih sporty.
Kami berharap Proton mengambil dan mengolah kembali idea asal lampu melintang pada model konsep EMAS untuk digunapakai pada Iriz facelift 2018/19. Selain itu, Proton juga boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan kombinasi enjin 1.0 liter (nama kod GEM3) dan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (7DCT) pada model tersebut supaya ia kembali menjadi hot-hatch idaman rakyat Malaysia.
Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
Sgt cantik. Btol2 di luar imaginasi. Syabas.
masalah dengan belakang iriz ialah ianya seperti helmet darth vader. bawah lebar tapi atas kecil. itu yang buat huduh. bukan sebab lampu.