ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bayar guna Setel di stesen Petronas dan dapatkan rebat tunai sehingga 10 peratus

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat pengguna jalan raya di Malaysia! Anda hanya perlu guna aplikasi Setel semasa mengisi minyak di stesen Petronas dan dapatkan rebat tunai sehingga 10 peratus apabila mereka menambah nilai menerusi kad kredit yang layak. Pelancaran ciri baharu ini adalah sempena melepasi angka sejuta pengguna Setel, sekali gus menggandakan rekod tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Ciri ini boleh digunakan dengan serta-merta pada kad kredit rebat tunai yang dikeluarkan oleh Ambank, CIMB, Citi, Hong Leong Bank, RHB Bank dan UOB; dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin, pelanggan yang ketika ini mendapat faedah dari kad kredit rebat tunai bahan api boleh menikmati pengalaman lancar tanpa hilang keistimewaan yang ada.

Tambah beliau, Setel kini telah melepasi angka satu juta pengguna, hanya sebulan selepas ia dikembangkan ke seluruh negara pada awal Februari 2020, menjadikan mereka sebagai salah satu aplikasi mudah alih paling pantas berkembang di Malaysia. Tempahan harian pada bulan Februari sahaja menunjukkan peningkatan signifikan 85 peratus dari bulan sebelumnya, satu petanda postif bahawa Setel semakin diterima.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Kaedah pembayaran menerusi  Setel membantu meminimakan titik sentuh fizikal di stesen selain melancarkan proses mengisi bahan api. Keselamatan pengguna dijamin kerana pengisian bahan api boleh dilakukan tanpa menyentuh permukaan yang kerap disentuh semasa menggunakan kad fizikal seperti kad kredit, debit dan kesetiaan.

Selain itu, penggunaan Setel juga boleh mengelakkan dari beratur panjang untuk pembayaran tunai, terutama sekali apabila penjarakkan sosial digalakkkan pada ketika ini. Setel boleh didapati secara percuma untuk sistem operasi iOS dan Android menerusi Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut layari https://www.setel.my/ atau https://www.setel.my/promotion/card-cashback untuk senarai terkini kredit kad yang layak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply