ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bazar Ramadan ‘digital’ – Grab sedia membantu

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan Berita Harian, kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bakal menyebabkan pengusaha bazar Ramadan akan menjalani langkah pendigitalan sebagai usaha melariskan jualan secara dalam talian.

Langkah penambahbaikan ciri perkhidmatan itu berupaya dicapai hasil kerjasama dimeterai antara Kerajaan Selangor, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Grab Malaysia, hari ini. Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh, berkata usahawan mikro dan penjual produk di laman sosial saban tahun mengharapkan Ramadan kali ini sebagai tempoh paling sibuk serta peluang berniaga menerusi penganjuran bazar di kawasan kejiranan mereka.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bagaimanapun, katanya, kekangan membuka kedai secara fizikal dikhuatiri bakal menjejaskan kadar keuntungan mereka seperti sebelum ini, sekali gus merencatkan pendapatan yang lazimnya dapat dijana pada bulan yang penuh dengan keberkatan bagi umat Islam itu.

Jelas beliau, pihaknya mahu menyokong dan menggalakkan para pengusaha untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan jangkauan kepada jutaan pengguna Grab. Ia menerusi perkhidmatan dalam ekosistem mereka seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress bagi membantu mereka menguruskan penghantaran barangan kegemaran di bazar seperti kuih-muih atau pakaian hari raya.

Sebagai perkhidmatan tempatan, Goh berkata, Grab sentiasa menggalakkan peniaga menguasai ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka. Katanya, komitmen itu antara lain diterjemahkan menerusi keputusan Grab baru-baru ini untuk menyokong restoran persendirian dan penjaja kecil dengan kempen ‘local heroes’ kerana mereka tidak mungkin dapat mengharungi kesan ekonomi yang teruk pada masa depan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, selain Selangor dan Wilayah Persekutuan, Grab aktif berbincang dengan pihak berkuasa tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga bazar Ramadan tempatan bagi melindungi pendapatan usahawan mikro ini.

Katanya lagi, Grab mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro, selain menjadikan e-bazar Ramadan satu realiti.

Setakat ini, Grab memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran mereka untuk mengaturkan menu kegemaran Ramadan yang sekian lama menjadi sinonim melangkaui zaman seperti ayam percik, murtabak dan roti John supaya boleh didapati di GrabFood tepat pada masanya apabila bulan puasa bermula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply