ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beberapa kawasan di Pahang, Pulau Pinang serta Perak dikenakan PKP selama dua minggu bermula Isnin

Berita Tempatan

Views

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang serta Perak selama dua minggu mulai Isnin ini.

Menurut Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKP di Pahang membabitkan Kuantan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,578 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di daerah berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Katanya, KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan jumlah kes sporadik di daerah terbabit dengan 10 kluster aktif direkodkan setakat ini. Tambah beliau, di Pulau Pinang, PKP dilaksanakan di tiga daerah dan tiga mukim selepas KKM melaporkan 14 kluster aktif ketika ini dengan kadar insiden yang semakin meningkat.

Pelaksanaan PKP ini membabitkan daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala mukim membabitkan Mukim 12, Barat Daya, Badar Butterworth, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Ismail Sabri berkata, PKP di Perak pula membabitkan mukim Hulu Kinta merangkumi Ipoh, Chemor dan Tanjong Rambutan serta mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak. Katanya, bagi mukim Hulu Kinta, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes ketara apabila sebanyak 176 kes positif direkodkan daripada 1,185 saringan dengan kadar positif 14.85 peratus.

Peningkatan kes secara mendadak turut dikesan di mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang. KKM melaporkan terdapat peningkatan kes secara mendadak di dua institusi dengan kadar positif yang tinggi. Pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memudahkan KKM melaksanakan tindakan pengawalan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply