ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli kereta Nissan dan menang rumah

Views

Sempena menyambut ketibaan tahun baharu, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta bernilai RM665,000 di The ERA, Duta North Kuala Lumpur dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’. Peraduan ini merupakan kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad untuk pembeli yang mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019. ETCM turut menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Nissan.

Bagi meraikan Tahun Baru Cina, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, yang hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam. Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Ia turut dilengkapi pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 port USB, Monitor Pandangan Keliling Pintar (I-AVM) bersama Pengesan Objek Bergerak Pintar (I-MOD) dan sambungan telefon pintar menerusi Apple CarPlay™.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

ETCM juga sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), bersama dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuklah bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci hitam berkilat. X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer bakal dipertontonkan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari di bilik pameran ETCM terpilih. Karnival bermula pada jam 10 pagi hingga 8 malam. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baharu Cina yang menarik.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:

TarikhWilayahLokasi
5hb – 6hb JanuariUtara ETCM Bayan Lepas
Tengah ETCM Petaling Jaya
TengahETCM Cheras
SelatanETCM Johor Jaya
SelatanETCM Seremban
Pantai TimurETCM Kuantan
SabahETCM Kota Kinabalu
SarawakETCM Kuching
11hb – 12hb JanuariPantai TimurAEON Kota Bharu
12hb – 13hb JanuariUtaraETCM Butterworth
UtaraETCM Ipoh
UtaraETCM Sitiawan
TengahETCM Glenmarie
TengahETCM Jalan Raja Laut
SelatanETCM Semabok
SelatanETCM Muar
SabahETCM Sandakan
SarawakETCM Miri

Tarikh dan lokasi Jerayawara Nissan di seluruh negara:

TarikhLokasi
3hb – 6hb JanuariMelawati Mall, Ampang, Kuala Lumpur
4hb – 6hb JanuariIpoh Parade, Ipoh, Perak
7hb – 13hb JanuariAEON Kota Bharu, Kelantan
8hb – 13hb JanuariAEON Tebrau, Johor Bahru, Johor
9hb – 13hb JanuariQueensbay Mall, Penang
9hb – 13hb JanuariOne Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
10hb – 13hb JanuariEast Coast Mall, Kuantan, Pahang
11hb – 13hb JanuariKluang Mall, Kluang, Johor
11hb – 13hb JanuariImago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18hb – 20hb JanuariVivacity Megamall, Kuching, Sarawak

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply