Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang beberapa minggu lagi, pengedar eksklusif jenama Haval di Malaysia, GO Auto melancarkan tawaran istimewa kepada bakal pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi Promosi Hari Raya Aidilfitri Haval – ‘Jalan-Jalan Raya Bersama Haval’ yang bermula 29 Mei – 25 Jun ini.
Pembeli yang menempah model terpilih Haval sepanjang tempoh berkenaan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti baucar membeli-belah AEON, baucar KFC, Touch N Go dan BHP Petrol, termasuk duit Raya! Kesemuanya bernilai sehingga RM2,900! Selain itu, orang ramai turut dijemput ke Hari Terbuka dengan mengunjungi mana-mana 25 bilik pameran Haval di seluruh negara bagi memandu uji kenderaan Haval dan nikmati pelbagai promosi hebat sedang dijalankan.
Go Auto ketika ini mempertaruhkan dua model SUV Haval di pasaran Malaysia, iaitu Haval H1 dan Haval H2. Haval H1, adalah SUV pertama di Malaysia yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ditawarkan dengan waranti selama tujuh tahun. Dikuasakan enjin 1.5L E-ICE VVT dengan transmisi AMT 6-kelajuan, Haval H1 ditawarkan dalam tiga varian berbeza, iaitu Comfort (RM61,950), Premium (RM67,950) dan Elite (RM74,950).
Haval H2 pula menampilkan enjin 1.5 liter VVT Pengecas Turbo berkuasa 147hp @ 5,600rpm dan tork 210Nm (4,500rpm) dengan pilihan transmisi manual (MT) 6-kelajuan dan automatik (AT) 6-kelajuan. Juga ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Standard MT (RM89,950), Comfort AT (RM98,950) dan Premium AT (RM101,950). Haval H2 didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (yang mana tiba dahulu).
Tidak cukup sekadar itu, Go Auto turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ bagi model H2 dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini bermakna Haval akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh lima tahun.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI