ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli Volkswagen Polo Sedan baharu namun tidak boleh digunakan – Syarikat dapat pampasan RM90k

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat diberi ganti rugi sebanyak RM90,000 dalam tuntutannya terhadap sebuah pengedar kenderaan kerana tidak dapat menggunakan kereta baharu dibeli daripada pengedar berkenaan. Portal Free Malaysia Today melaporkan, Hakim Mahkamah Sesyen Mabel Sheela Muttiah berkata, berdasarkan imbangan kebarangkalian Poratha Corporation Sdn Bhd membuktikan kesnya terhadap pengedar kenderaan, FA Wagen Sdn Bhd.

Beliau membenarkan tuntutan plaintif sebanyak RM1,779 sebagai ganti rugi khas dan RM88,300 atas kehilangan penggunaan kereta dan faedah seperti yang disebut dalam pernyataan tuntutan. Pada 15 Mac 2013, pengurus Poratha Corporation membeli sebuah Volkswagen Polo Sedan 1.6 pada harga kira-kira RM105,000 untuk isterinya menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Sebulan kemudian, syarikat itu menerima penghantaran kereta tersebut, tetapi ia datang dengan banyak masalah, termasuk kecacatan dan kerosakan mekanikal. Akibatnya, kereta itu tidak dapat digunakan dari 27 September 2013 hingga 17 Mac 2016.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sepanjang tempoh kereta itu ditinggalkan di pusat khidmat defendan untuk diperbaiki, plaintif terpaksa menyewa kereta lain dengan harga RM200 sehari dari 15 Oktober 2013 hingga 13 Mac 2016. Sepanjang tempoh itu juga, kereta terbabit dikatakan masih berada di bawah jaminan dan defendan bertanggung jawab memperbaikinya supaya kereta itu dapat digunakan.

Dalam penghakiman setebal 18 halaman, Muttiah berkata, berdasarkan keterangan dua saksi dan juga pada dokumen, terdapat kecacatan “nyata dan asas” pada kereta tersebut dan defendan gagal memperbaikinya dalam tempoh masa yang munasabah.

Beliau berkata, plaintif tidak dapat mengelak daripada mengalami kerugian kerana masih perlu membayar ansuran sewa beli kereta tersebut, tetapi pada masa yang sama, tidak dapat menggunakannya. Menurut Muttiah, Akta Perlindungan Pengguna 1999 menyebut bahawa terdapat jaminan tersirat bahawa barang yang dibekalkan kepada pengguna mestilah memiliki kualiti yang boleh diterima.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Kata beliau, mahkamah mendapati bahawa peruntukan undang-undang ‘kualiti yang boleh diterima’ dan ‘sesuai untuk tujuan’ boleh diguna pakai sepenuhnya dalam kes ini. Malangnya dalam kes ini, kata beliau, jelas daripada bukti dokumen bahawa kereta itu mengalami banyak kerosakan dengan kotak gear dan pemasangan enjinnya.

Tambah beliau, meskipun nampak seperti tidak masuk akal, bateri dan tayar kereta baharu itu perlu diganti dalam jangka masa yang singkat selepas pembelian. Terdapat juga bukti kata Muttiah, bahawa kereta itu tidak selamat dipandu kerana cakera brek yang rosak menyebabkan gegaran ketika membrek, tempat duduk pemandu bergerak-gerak dan tidak terkunci dalam kedudukan yang selamat, serta penyaman udara rosak.

Kata beliau, tidak ada pakar Volkswagen yang dipanggil untuk mengesahkan hujah pembelaan defendan. Muttiah juga menyarankan agar kerajaan melihat kepada “Lemon Law” yang memberi remedy kepada pembeli kereta dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan pampasan bagi produk yang berulang kali tidak menepati standard kualiti dan prestasi.

Beliau juga menambah bahawa Singapura menggunakan undang-undang tersebut. FA Wagen telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply